home Semasa Taliban dalam ‘status pertahanan’ ketika sambutan Aidiladha

Taliban dalam ‘status pertahanan’ ketika sambutan Aidiladha

 

KABUL: Kumpulan Taliban berkata hanya akan berperang untuk mempertahankan diri ketika sambutan Aidiladha, tetapi tidak mengisytihar gencatan senjata secara rasmi.

Selepas pengunduran tentera asing dari negara itu, Taliban bertindak melancarkan serangan di seluruh Afghanistan, menguasai wilayah, merampas laluan melintasi sempadan dan mengepung beberapa kota.

“Saya boleh sahkan kita dalam status pertahanan semasa sambutan Aidiladha,” kata seorang jurucakap kumpulan Taliban kepada AFP tanpa memberi butiran lanjut.

Pada hari sambutan perayaan Islam sebelum ini, Taliban mengisytiharkan perang dengan pasukan tentera kerajaan dihentikan seketika supaya rakyat Afghanistan boleh pulang melawat keluarga dengan selamat.

Bagaimanapun, kumpulan itu dikritik kerana menggunakan gencatan senjata untuk mengukuhkan posisi mereka dan menambah bilangan anggota supaya dalam keadaan bersedia menyerang pasukan keselamatan Afghanistan selepas gencatan senjata berakhir.

Komen daripada kumpulan Taliban itu dibuat sehari selepas Presiden Ashraf Ghani, ketika berucap berkata, Taliban membuktikan mereka tiada niat dan hasrat untuk keamanan, di tambah rundingan antara kedua-duanya menunjukkan sedikit sahaja kemajuan.

Beberapa minit selepas berucap, sekurang-kurangnya tiga roket meletup berhampiran Istana Presiden di mana Ashraf hadir pada majlis doa di luar kediaman, bersama pegawai tertinggi sempena sambutan Aidiladha.

Serangan didakwa didalangi kumpulan Daesh. Walaupun berideologi berbeza, kumpulan Daesh yang lebih kecil menjadi sasaran tuduhan pada masa lalu kerana kononnya bertindak sebagai proksi kepada Taliban, terutama membabitkan serangan menyasarkan penjawat awam. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *