Tentera Israel lepas tembakan, 41 cedera

Bandar Gaza: Tentera Israel melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan yang melemparkan bom dan membakar tayar di sempadan Semenanjung Gaza, pada Sabtu mengakibatkan 41 cedera.

Ia terjadi tepat tiga bulan sejak Israel dan kumpulan pejuang Hamas di wilayah tersebut mencapai gencatan senjata selepas pertempuran menyebabkan ramai kematian selama bertahun-tahun.

Kementerian Kesihatan Gaza dalam kenyataannya berkata kejadian itu menyebabkan 41 cedera termasuk seorang remaja lelaki yang kritikal akibat dipukul di bahagian kepala.

“41 orang awam cedera dengan pelbagai kecederaan,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Tentera Israel memberitahu AFP bahawa beratus-ratus penduduk Gaza berkumpul di sepanjang pagar sempadan.

Kumpulan pejuang Hamas yang memerintah Gaza mengadakan demonstrasi untuk memperingati 52 tahun pembakaran Masjid Al-Aqsa Baitulmaqdis yang lalu, tempat ketiga paling suci dalam kalangan penganut Islam.

“Masjid Al-Aqsa berada dalam ‘red line’ dan setiap serangan ke atasnya akan mendapat tentangan berani daripada orang kami,” kata kumpulan itu dalam satu kenyataan. – My Metro

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts