Wanita Islam Singapura dakwa didiskriminasi

 

SINGAPURA: Seorang wanita Singapura menyatakan kekecewaan terhadap sebuah agensi kerajaan tidak dinamakan selepas penemuduga didakwa memberitahunya beliau perlu menanggalkan tudung jika mahu bekerja di situ.

“Saya amat sedih kerana menjadi mangsa diskriminasi terhadap wanita Islam yang memakai tudung.

“Apa yang lebih memburukkan keadaan, ini diamalkan di agensi kerajaan,” kata wanita berkenaan dalam Facebooknya mengenai kejadian itu.

Laporan MSN menyatakan wanita itu menghadiri temu duga kerja di sebuah agensi kerajaan dua bulan lalu dan mendapat berita gembira menerusi panggilan telefon semalam.

Beliau menerima tawaran jawatan dipohon kerana agensi itu tertarik dengan kelayakannya.

Namun beliau terkejut dan terganggu apabila penemuduga didakwa memberitahunya: “Untuk bekerja di sini, kami perlu anda menanggalkan tudung.

“Kelayakan anda sesuai untuk jawatan itu tetapi bukan tudung.”

Wanita itu segera menolak tawaran, menyatakan beliau tidak selesa dengan kejahilan dan sikap tidak peka agensi kerajaan terhadap wanita Islam.

“Saya mahu kerana perkara ini berlaku dalam Singapura yang mempunyai penduduk pelbagai keturunan dan agama,” katanya.

Sikap prejudis agensi berkenaan berdasarkan dakwaan beliau dan keengganan wanita itu mendedahkan agensi kerajaan berkenaan menyukarkan perkara itu disahkan.

Katanya, tujuan beliau menyiarkan kejadian itu adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberitahu orang ramai diskriminasi berlaku kepada golongan minoriti di Singapura. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts