home Semasa Zahid calon Muslim pertama jadi hakim persekutuan AS

Zahid calon Muslim pertama jadi hakim persekutuan AS

 

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mencalonkan seorang majistret negara itu yang berketurunan Pakistan dan beragama Islam untuk memegang jawatan sebagai hakim persekutuan di negara itu.

Menurut AFP, hakim itu, Zahid Quraishi, 45, menjadi Muslim pertama memegang jawatan hakim persekutuan jika pencalonannya diluluskan oleh Dewan Senat.

Ketika ini beliau berkhidmat sebagai seorang majistret di New Jersey.

“Hakim Quraishi telah berkhidmat kepada negara kita dengan cemerlang dan akan mencipta sejarah menjadi Muslim Amerika pertama memegang jawatan sebagai hakim persekutuan jika (pencalonannya) disahkan,” kata Senator Cory Booker dari New Jersey.

Biden turut mencalonkan seorang wanita berkulit hitam, Ketanji Brown Jackson yang berketurunan Afrika sebagai Hakim Mahkamah Rayuan untuk Daerah Columbia bagi mengendalikan kes-kes utama.

Jika disahkan oleh Dewan Senat, Jackson, 50, akan menggantikan Merrick Garland yang kini berkhidmat sebagai Peguam Negara dan berpeluang dicalonkan sebagai Hakim Mahkamah Agung negara itu.

Setakat ini tidak ada lagi wanita berkulit hitam yang memegang jawatan hakim di Mahkamah Agung.

Dalam pada itu, Biden turut mencalonkan dua lagi wanita Amerika Afrika untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai hakim mahkamah rayuan persekutuan.

Antara yang dipilih untuk dicalonkan memegang jawatan mahkamah persekutuan daerah ialah dua warga AS berketurunan Afrika, dua warga AS berketurunan Asia, seorang berketurunan Hispanic dan dua wanita berkulit putih. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

text gambar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *