Laporan Baharu Dedah 78% G4za Dalam Zon Merah, Risiko Ancaman Nyawa Meningkat


Situasi kemanusiaan di G4za kini berada pada tahap paling parah dan mengerikan dalam sejarah moden. Laporan terkini daripada lembaga analisis data Sanad mendedahkan bahawa sebanyak 78% daripada keseluruhan Jalur G4za telah ditandakan sebagai zon bahaya ekstrem, menjadikan hampir mustahil bagi lebih dua juta rakyat P4lestin mencari tempat yang benar-benar selamat. Peningkatan drastik ini berlaku selepas gelombang besar perintah evakuasi diumumkan oleh Rejim Z sejak mereka kembali menggempur G4za secara besar-besaran bermula 18 Mac 2025. Kajian Sanad ini meneliti setiap arahan evakuasi antara 18 Mac hingga 29 Jun, berdasarkan pelan operasi ketenteraan Rejim Z yang mula digunakan sejak 7 Oktober 2023.

Tanah Dijarah, Rakyat Diasak Ke Sempadan Kehidupan

Daripada jumlah keseluruhan 364.8 kilometer persegi kawasan Gaza, sebanyak 282.8 kilometer persegi kini menjadi zon merah — kawasan yang tidak lagi selamat untuk didiami kerana sentiasa terdedah kepada serangan udara, artileri, dan serbuan darat. Ini bermaksud lebih dua juta penduduk kini terpaksa bertindih dan berhimpit dalam hanya sekitar 25% baki tanah G4za yang belum digempur sepenuhnya. Kawasan yang sempit, sesak, dan kurang kemudahan asas ini kini menjadi satu-satunya tempat berlindung buat rakyat yang terus diburu. Krisis pelarian dalaman ini berkembang menjadi mimpi ngeri, apabila penduduk bukan sahaja hilang rumah, malah kehilangan akses kepada air bersih, makanan, rawatan perubatan, dan tempat perlindungan yang selamat.

“Kereta Perang Gideon”: Nama Suci Dijadikan Topeng Kekejaman

Sementara itu, Rejim Z melancarkan satu lagi kempen ketenteraan dengan nama “Kereta Perang Gideon”, sebuah operasi yang mereka dakwa sebagai strategi ketenteraan, namun pada hakikatnya merupakan langkah pembersihan etnik terang-terangan. Kawasan-kawasan utama yang padat penduduk seperti Beit Hanoun, Beit Lahiya, Sheikh Zayed, Tal al-Zaatar, Jabalia, Al-Shujaiya dan Tuffah di timur G4za menjadi sasaran utama. Serangan turut merebak ke kawasan tengah seperti Deir al-Balah dan bahagian timur Khan Yunis, menjadikan hampir seluruh G4za terperangkap dalam kitaran evakuasi, serangan, dan pelarian tanpa arah. Rakyat dipaksa meninggalkan rumah dalam masa singkat, hanya untuk diserang semula di lokasi baru yang mereka tuju.

Pelarian Dibakar, Khemah Dimusnahkan — Pelarian Menjadi Sasaran

Lebih menyayat hati, laporan daripada pihak berkuasa G4za menyatakan bahawa Rejim Z kini menyasarkan kem pelarian — tempat perlindungan terakhir buat mereka yang sudah kehilangan segalanya. Melalui penggunaan drone ketenteraan, ratusan khemah pelarian dibakar di kawasan seperti Tal al-Zaatar, Jabalia, dan Beit Lahiya. Serangan ini bukan sahaja memusnahkan tempat tinggal, malah membawa mesej jelas bahawa tiada tempat pun yang akan dibiarkan selamat. Keluarga-keluarga yang sudah berkali-kali diusir kini kehilangan perlindungan buat kali terakhir — dengan anak-anak tidur di tanah, dan ibu bapa tidak mampu berbuat apa-apa selain memeluk mereka sambil menunggu serangan seterusnya.

Jalan Raya Jadi Rumah — 300,000 Hilang Segala-Galanya

Anggaran semasa menunjukkan lebih 300,000 rakyat P4lestin kini mengungsi sekali lagi dari G4za utara dan menuju ke selatan dan tengah, dalam keadaan tiada tempat untuk dituju. Di Kota G4za, puluhan ribu orang kini hidup tanpa khemah, tanpa makanan, dan tanpa harapan. Jalan-jalan utama seperti al-Jalaa dan al-Saftawi berubah menjadi lautan manusia yang tidur di bawah langit terbuka, berlindung dengan apa sahaja yang tinggal. Dalam keadaan penuh keperitan, kanak-kanak yang tidak bersalah menangis kelaparan, warga tua menggigil kesejukan, dan hospital lapangan pula tidak mampu lagi menerima pesakit baru.

Apa yang berlaku di G4za bukan lagi boleh dilabel sebagai konflik atau perang antara dua pihak. Ini adalah penghapusan sistematik terhadap sebuah bangsa. Serangan tidak lagi membezakan antara tentera dan orang awam — malah seolah-olah mensasarkan mereka yang paling lemah dan tidak berdaya. Serangan terhadap sekolah, hospital, pasar, masjid, dan kem pelarian kini menjadi norma baru. G4za kini tidak lagi mempertahankan tanah; mereka mempertahankan hak untuk terus wujud.

Dunia Diam, G4za Hancur — Kemanusiaan Tewas Dalam Sunyi

Lebih menyedihkan, dunia masih berdiam diri. Kecaman demi kecaman hanya tinggal di atas kertas. Sidang media dan resolusi antarabangsa tidak membawa sebarang makna buat mereka yang kehilangan seluruh keluarga dalam sekelip mata. G4za tidak perlukan simpati yang kosong. Mereka perlukan tindakan. Mereka perlukan suara lantang yang tidak takut menyatakan bahawa kezaliman ini mesti dihentikan sekarang, bukan esok.

Akhirnya, realiti hari ini menunjukkan bahawa G4za tidak tewas. Yang sebenarnya tewas adalah prinsip kemanusiaan yang kita agungkan. Yang gagal adalah masyarakat antarabangsa yang memilih untuk melihat tanpa berbuat apa-apa. G4za dibakar hidup-hidup, dan dunia hanya menonton.

Sumber: Arrahmah


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts