Persatuan Pendidikan Kebangsaan (National Education Association, NEA) telah menghantar e-mel kepada 3 juta ahlinya pada hari Jumaat yang mengandungi peta yang memadamkan Israel dan melabel wilayah itu sebagai Palestin.
Institut Nilai-Nilai Amerika Utara (North American Values Institute) berkata e-mel tersebut memberikan kepada para guru bahan untuk mengajar tentang “kaum pribumi”, yang termasuk peta tersebut serta bahan yang mempertahankan serangan Hamas pada 7 Oktober dan pautan ke organisasi yang didakwa “mengagungkan keganasan”, lapor Jewish News Syndicate (JNS).
“Sangat membimbangkan apabila kesatuan guru terbesar di negara ini mempromosikan bahan yang membawa mesej stereotaip antisemitik dan cuba merasionalkan kekejaman 7 Oktober, apatah lagi meninggikan kumpulan yang mengagungkan keganasan,” kata Steve Rosenberg, pengarah wilayah Philadelphia bagi institut itu kepada JNS.
Kesatuan tersebut telah membuang bahan-bahan itu dari laman sumber mereka selepas perkara itu dikesan. Rosenberg mengkritik tindakan memadam secara senyap itu kerana kurang ketelusan.
“NEA berhutang penjelasan penuh dan permohonan maaf yang tulus kepada para pendidik, ibu bapa, dan masyarakat umum,” kata Rosenberg seperti dilaporkan oleh JNS.
Walaupun kesatuan itu telah memadam sebahagian besar kandungan yang tersebut, peta “Native Land Digital” masih kekal di laman tersebut.
“Selepas kami menyedari kandungan di laman web ini terutamanya yang berkaitan dengan Israel dan Palestin, kami menjalankan semakan mendalam termasuk pautan kepada kandungan yang dihoskan oleh pihak ketiga. Setelah semakan dibuat, kami segera mengeluarkannya daripada laman web,” kata jurucakap itu kepada New York Post.
Liga Anti Fitnah (Anti-Defamation League, ADL) yang telah diputuskan hubungannya oleh NEA pada musim panas lalu turut mengkritik kesatuan itu di platform X (Twitter).
Sumber: America Online (AOL)
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam