Ketegangan terus memuncak di Gaza

gaza

 

GAZA, Jumaat – Ketegangan terus memuncak di Semenanjung Gaza yang dikepung apabila seorang wanita Palestin dibunuh dalam serangan udara oleh tentera rejim Zionis Israel.

Menurut tentera Israel, serangan udara yang dilakukan adalah sebagai tindak balas kepada kumpulan Palestin yang menyerang tenteranya dengan peluru mortar.

Sumber perubatan memberitahu, seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Jana Aytah al-Amur telah dibunuh ketika serangan tentera Israel pada petang semalam di kawasan al-Fakhari timur Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza.

Bagaimanapun, jurucakap tentera Israel memberitahu mereka tidak dapat mengesahkan kejadian itu.

Sumber perubatan turut berkata, serangan udara Israel telah mencederakan seorang lagi wanita Palestin bernama Khazima al-Farra, 21 di kawasan al-Rayyan timur Rafah.

Saksi memberitahu, tentera Israel melancarkan beberapa buah roket di selatan Semenanjung Gaza dan membedil kawasan tanah pertahian di Abu al-Rus timur Rafah.

Kira-kira empat rakyat Palestin termasuk tiga kanak-kanak cedera dalam serangan udara yang dilancarkan oleh tentera Israel pada awal pagi semalam.

Serangan terbaru di Semenanjung Gaza ini berlaku beberapa jam selepas pemimpin Hamas, Mousa Abu Marzouq mengumumkan bahawa Mesir telah menjadi orang tengah dalam usaha damai untuk memulihkan gencatan senjata 2014 yang telah dipersetujui antara Israel dan Semenanjung Gaza.

Sumber: http://www.ismaweb.net/2016/05/ketegangan-terus-memuncak-di-gaza/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts