13.5 juta rakyat Syria perlukan bantuan kemanusiaan

Syria-1

DAMSYIK, Isnin – Sekurang-kurangnya 13.5 juta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan selepas perang saudara meletus lima tahun lalu.

Suruhanjaya Sosial dan Ekonomi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Asia Barat (ESCWA) dan Universiti St. Andrews dalam satu kenyataan berkata, setakat ini 83 peratus penduduk Syria dilaporkan hidup di bawah paras kemiskinan berbanding hanya 28 peratus pada tahun 2010.

Ini termasuk empat juta penduduk Syria yang menetap di wilayah Damsyik dan Aleppo turut memerlukan bantuan kemanusiaan sejak penghujung tahun lalu.

Selepas tercetusnya perang, hampir separuh daripada 493 buah hospital di Syria mengalami kerosakan yang teruk pada 2010.

Serangan tersebut juga menyebabkan jumlah doktor dan ahli farmasi berkurangan dengan purata seorang doktor merawat 1,442 pesakit pada tahun lepas berbanding 661 pada 2010.

Selain itu, kira-kira 12.1 juta penduduk Syria mengalami masalah kekurangan air, manakala kerosakan kawasan penempatan dan bangunan dianggarkan bernilai AS$90 bilion.

Selebihnya, 2.7 juta kanak-kanak Syria dilaporkan tercicir daripada pelajaran.

Sumber : http://www.ismaweb.net/2016/05/13-5-juta-rakyat-syria-perlukan-bantuan-kemanusiaan/

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts