Rakyat Palestin benar-benar cintakan agama dan negara, jihad lawan musuh

BANGI – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) mengakui penduduk Palestin begitu menekankan aspek rasa hubbul watan – cinta kepada tanah air – pada diri mereka.

Pemimpin Kanan Hamas di Lubnan, Syeikh Osama Hamdan berkata, aspek pertama mengenai penggabungan diri warga Palestin terhadap agama dan kebudayaannya.

Katanya, agama dan budaya Palestin ini bukan sesuatu baru yang mana mereka dididik untuk mempertahankan tanah air serta memperjuangkan hak

“Ia sudah bermula sejak sekian lama dan di sana ada nilai-nilai yang cukup mulia dan hebat yang bertepatan dengan agama (Islam) itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panel wawancara BERJASA bertajuk Malaysia vs Palestin: Siapa lebih merdeka? yang disiarkan secara langsung di akaun Facebook BERJASA semalam.

Mengulas lanjut, Osama berkata, dari sudut tanggungjawab masyarakat, mereka berperanan untuk menanamkan rasa kecintaan kepada negara dengan bekerjasama serta saling bantu-membantu di samping menanam ‘roh’ jihad dalam diri anak-anak Palestin.

Katanya lagi, aspek lain warga Palestin berjaya menanamkan hubbul watan adalah dalam bidang jihad serta pertembungan mereka dengan musuh yang merampas negara mereka.

“Ini telah menyebabkan kecintaan kepada negara amat tinggi.

“Bahkan pengaruh para pejuang termasuk Hamas yang mempunyai kedudukan cukup hebat sehingga apabila disebut dalam masyarakat mengenai hasrat dan cita-cita, mereka berhasrat untuk menjadi para mujahid dan syuhada,” katanya. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts
Read More

Dakwah cara The 4aith

  AMBIL kesempatan menggunakan lagu popular untuk berdakwah. Itu yang dilakukan empat sekawan, Aniq Muhaimin Ismail, Muhammad Fahimi…