Adakah wujud manusia atau organisasi tanpa kesalahan?

Konsep bebas daripada kesalahan adalah sebuah konsep yang wujud di dalam Islam, perkara ini dibahaskan di dalam konteks manusia yang bebas daripada kesalahan iaitu para anbiya melalui konsep عصمة dan juga pada Jamaa’atul Muslimiin (Ummah Islamiyah). Di awal surah An-Najm menerangkan berkaitan konsep عصمة, iaitu para Anbiya’ tidak melakukan kesalahan : (مَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَى …

Usia meningkat sepatutnya mendekatkan lagi diri dengan Allah

1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan bahawa beruntunglah orang yang diberikan anugerah dengan usia yang panjang sedang dia mengabdikan diri kepada Allah. Sabda Rasulullah: طُوبَى لِمَنْ طَالَ عُمْرُهُ، وَحَسُنَ عَمَلُهُ “Beruntunglah bagi mereka yang dipanjangkan usianya dan (semakin) baik amalannya. (Sunan al-Baihaqi, dinilai Sahih oleh al-Albani) 2. Bahkan Rasulullah membezakan dua lelaki yang panjang umur …

Segala amalan bermula dengan Niat dan Otak “Hippocampus”

Segala amalan bermula dengan Niat Ada satu bahagian kecil dalam otak manusia disebut ‘hippocampus’ yang memainkan peranan amat penting dalam pembentukan dan menyimpanan memori, dan juga memori berkaitan ruang/tempat (spatial memory) sehingga kadang-kadang digelar sebagai GPS otak. Begitu banyak kajian yang cuba mengorek rahsia bahagian kecil otak ini. Saya juga telah menghabiskan hampir 4 tahun …

Kaedah Ulama Berinteraksi dengan Penunggang Agama

Masyarakat awam sebahagiannya gemar mendengar kuliah, ceramah, forum, syarahan, muhadarah atau khutbah yang berbentuk jenaka. Atau paling tidak diselitkan dengan lawak yang akan meringankan perbincangan ilmiah yang nampak berat. Ada juga yang menambah cerita sedih atau duka, ketika membicarakan perihal syurga dan neraka, membuatkan ada dikalangan yang hadir menangis dan tersentuh hati. Pada saya, tidak …

Mengapa Solat Jumaat 12 orang sahaja?

  1. Beberapa masjid di beberapa buah negeri telah mula mendirikan semula perlaksanaan solat jumaat di kawasan yang terpilih. Kebanyakan Jabatan Agama Negeri meletakkan syarat minimum jemaah yang perlu hadir adalah 4 orang, manakala maksimum jemaah pula adalah 12 orang. Ada yang bertanya, mengapa 4 atau 12 orang sahaja dan bukan 40 orang? 2. Inilah …

Ramadan dan Al-Quran

  1- Sekiranya kita membaca al-Quran, kita hanya akan temui satu sahaja ayat yang menyebut tentang Ramadan di dalam al-Quran dan ayat ini menyebut tentang penurunan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia sepertimana firman Allah s.w.t: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) …

Orang-orang tua yang berebut kuasa

  1. Dalam kekalutan negara menghadapi serangan Covid19 yang mengorbankan ratusan nyawa, ada orang-orang tua yang tidak habis dengan perebutan kuasa mereka. Kedatangan Ramadan juga tidak meredakan nafsu yang tiada tarikh luputnya. 2. Rasulullah berpesan dalam sebuah hadis bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Mereka akan menyesal di akhirat akibat kerakusan mereka pada …

Berpuasa tapi masuk neraka

  1. Dalam keadaan berpuasa ini, elakkan diri kita dari menyakiti orang lain. Tidak kira samada menyakiti mereka di dalam media sosial, secara verbal atau bertulis. Ini kerana perbuatan tersebut akan mengganggu kualiti puasa seorang muslim. 2. Dalam sebuah hadis, seorang sahabat pernah mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang seorang perempuan yang berpuasa, tetapi suka menyakiti …