Warning: session_start() expects parameter 1 to be array, string given in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/class-wp-hook.php on line 324

Warning: session_start(): open(/tmp/sess_hccimb3ae965tuvgb4u40s2l3u, O_RDWR) failed: No space left on device (28) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

Warning: session_start(): Failed to read session data: files (path: ) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-content/plugins/if-so/public/class-if-so-public.php on line 160

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-122d.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-122e.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-122f.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1230.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1232.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Nabi Ibrahim A.S Sebagai Model Bapa Qawwam - Indahnya Islam

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1235.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1236.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

Nabi Ibrahim A.S Sebagai Model Bapa Qawwam

Allah taala menganugerahkan satu kelebihan buat para lelaki. Kelebihan itu disebut sebagai al-Qawwam, sebuah kepimpinan dalam keluarga. Allah berfirman dalam surah An-Nisa’, ayat 34,

ٱلرِّجَالُ قَوَّٰمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍۢ وَبِمَآ أَنفَقُوا۟ مِنْ أَمْوَٰلِهِمْ ۚ

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.”

Al-Qawwam bermaksud bertanggungjawab, penjaga dan pemelihara sesuatu. Sifat Al-Qawwam ini khusus buat para lelaki sebagai tanda besarnya peranan dan tanggungjawab seorang lelaki terhadap ahli keluarganya. Imam al-Tabari menjelaskan maksud Al-Qawwam adalah penanggungjawaban dalam mendidik dan membimbing ahli keluarga dalam menunaikan kewajipan kepada Allah.

Menurut Al-Qurthubi pula, Al-Qawwam bermaksud sifat kesiap-siagaan dalam melaksanakan tanggungjawab dengan penuh perhatian dan kesungguhan. Para suami didahulukan dan diberi hak kepimpinan, kerana mereka berkewajipan dalam memberikan nafkah kepada ahli keluarga serta membela mereka daripada kemudaratan di dunia dan akhirat.

Di dalam al-Quran banyak diceritakan interaksi antara bapa dan anak. Setiap satunya terdapat pelbagai pengajaran yang boleh diambil dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Antara kisah yang menonjol yang patut dijadikan panduan adalah kehidupan Nabi Ibrahim a.s dalam memimpin bahtera keluarga baginda dalam mentaati perintah Allah.

Di sini penulis ingin kongsikan beberapa noktah penting yang boleh dicontohi daripada teladan Nabi Ibrahim AS.

1) Berdoa agar dikurniakan anak yang soleh.

Kisah kepimpinan Nabi Ibrahim a.s telah terzahir sebelum dikurniakan anak lagi.
Sebelum dikurniakan cahaya mata, Nabi Ibrahim a.s menjadikan keutamaan untuk sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T agar dikurniakan anak yang soleh, mendirikan solat, serta taat kepada perintah Allah S.W.T. Doa-doa Nabi Ibrahim a.s disebut didalam al-Quran sebagai petunjuk buat umat manusia.

رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

“Wahai Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku seorang anak yang termasuk orang-orang yang soleh”.
(Surah As-Saffat: ayat 100)

Ini menunjukkan kepada kita bahawa seorang bapa perlu ada keprihatinan yang tinggi terhadap kefahaman agama anak-anak, serta perancangan yang baik sebelum bayi dilahirkan ke dunia meskipun belum ada tanda-tanda kehamilan. Perancangan dan niat yang baik sebelum bayi dilahirkan sangatlah penting untuk mendapatkan zuriat yang baik. Nabi Ibrahim a.s tidak hanya meminta dikurniakan anak, bahkan mempunyai misi yang jelas agar anak-anak dan keturunannya menjadi orang yang soleh.

2) Tawakal kepada Allah dan menyediakan persekitaran yang kondusif untuk penerapan agama.

Tatkala Allah taala memerintah Nabi Ibrahim a.s untuk meninggalkan anak isterinya di Mekah, baginda melaksanakan arahan tersebut tanpa sebarang ragu.
Nabi Ibrahim a.s tahu tempat itu adalah rumah Allah seperti yang disebut “Baitikal Muharram”. Tempat itu merupakan tempat yang akan didirikan padanya solat.
Walaupun tempat itu kering kontang, tiada sebarang kehidupan dan kemewahan, namun atas keimanan yang tinggi kepada Allah taala, dan kebersihan serta kesucian tempat yang akan dimakmurkan dengan ibadah, Nabi Ibrahim a.s meletakkan isteri dan anak baginda a.s, agar mereka turut membesar dalam ketaatan dan kepatuhan kepada Allah dalam apa jua keadaan.

Perkara ini dirakamkan di dalam surah Ibrahim:

رَبَّنا إِنّي أَسكَنتُ مِن ذُرِّيَّتي بِوادٍ غَيرِ ذي زَرعٍ عِندَ بَيتِكَ المُحَرَّمِ رَبَّنا لِيُقيمُوا الصَّلَوٰةَ فَاجعَل أَفئِدَةً مِّنَ النّاسِ تَهوي إِلَيهِم وَارزُقهُم مِّنَ الثَّمَرٰتِ لَعَلَّهُم يَشكُرونَ

“Ya Tuhan kami, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunan ku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan kami (yang demikian itu) agar mereka mendirikan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan beri rezeki kepada mereka dari buah-buahan, mudah-mudahan mereka bersyukur”.
(Surah Ibrahim: Ayat 37)

3) Komunikasi yang baik dengan anak-anak.

Sebagai ayah, Nabi Ibrahim a.s mempunyai komunikasi yang baik dengan anaknya Ismail dalam melaksanakan perintah Allah. Dalam surah As-Saffat ayat 102, diceritakan baginda diperintahkan oleh Allah SWT melalui mimpi untuk menyembelih anaknya Ismail. Sebagai ayah, baginda tahu keseriusan misi dan cabaran yang perlu dihadapi. Oleh itu, dengan hikmah baginda, Nabi Ibrahim telah menyampaikan perintah itu dalam bentuk perbincangan dengan Nabi Ismail untuk sama-sama melaksanakan perintah Allah yang berat ini.

فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يٰبُنَيَّ اِنِّيْٓ اَرٰى فِى الْمَنَامِ اَنِّيْٓ اَذْبَحُكَ فَانْظُرْ مَاذَا تَرٰىۗ قَالَ يٰٓاَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُۖ سَتَجِدُنِيْٓ اِنْ شَاۤءَ اللّٰهُ مِنَ الصّٰبِرِيْنَ

“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelih mu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insyaallah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.

Nabi Ibrahim a.s terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Nabi Ismail yang menunjukkan kesiap-siagaannya untuk disembelih. Nabi Ismail dengan segera bersetuju kerana baginda yakin dan beriman sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah, bahawa Allah akan sentiasa memberi yang terbaik buat hambanya yang beriman.

4) Menerapkan ketaatan kepada Allah SWT.

Sekali lagi kita dapat lihat nilai ketaatan kepada Allah SWT yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail. Dalam ayat berikutnya,

فَلَمَّآ أَسْلَمَا وَتَلَّهُۥ لِلْجَبِينِ

“Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim – dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah Kami)”.
(Surah As- Saffat: ayat 103)

Disebabkan oleh ketaatan yang baik diberikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail, Allah memberi khabar gembira kepada Nabi Ibrahim dengan menggantikan Nabi Ismail dengan binatang sembelihan sebagai hadiah bagi sebuah pengorbanan dalam ketaatan. Allah juga menjelaskan bahawa perintah itu merupakan ujian buat Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan mereka berjaya melepasinya dengan sabar dan taat.

5) Menanamkan tauhid kepada Allah sehingga ke akhir hayat.

Keprihatinan Nabi Ibrahim a.s terhadap agama anak-anaknya bukan saja terjelas sebelum lahir, bahkan fikiran dan keprihatinan terhadap tauhid ini sentiasa ditanam sepanjang hidup, sehinggalah di akhir kehidupan. Sehingga di penghujung kehidupan baginda, baginda mewasiatkan anak-anaknya untuk terus berpegang dengan tali Islam, dan jangan sekali kali mati melainkan sebagai seorang muslim. Allah merakamkannya di dalam surah Al-Baqarah, ayat 132.

وَوَصَّىٰ بِهَآ إِبْرَٰهِـۧمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَـٰبَنِىَّ إِنَّ ٱللَّهَ ٱصْطَفَىٰ لَكُمُ ٱلدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

“Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan agama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”.
Kesimpulan

Nabi Ibrahim a.s telah menggambarkan kepada kita sosok bapa Qawwam melalui kisah-kisahnya yang dinukilkan dalam al-Quran. Bapa Qawwam bukan Sahaja yang menjaga makan minum anaknya, tetapi ia juga adalah misi memastikan keluarga dan anaknya sentiasa berada dalam landasan ketaatan kepada Allah, sehingga ke akhir hayat.

Dr. Siti Sarah binti Amran
Ketua Biro Keluarga & Masyarakat ISMA (BKM)

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1251.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Total
0
Shares

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1252.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_postmeta`

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Syukuri keamanan terus utuhkan nikmat kemerdekaan

Kemerdekaan menjadi kunci kepada kehidupan tenang, aman dan damai. Justeru, kunci kemerdekaan kepada remaja adalah apabila mencapai umur…

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1255.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`

WordPress database error: [Can't create/write to file '/tmp/#sql-temptable-16f815-7c11ff-1256.MAI' (Errcode: 28 "No space left on device")]
SHOW FULL COLUMNS FROM `wp_options`


Notice: Function wpdb::prepare was called incorrectly. The query does not contain the correct number of placeholders (6) for the number of arguments passed (4). Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 4.8.3.) in /home/ghazaliyaid/webapps/indahnyaislam/wp-includes/functions.php on line 6078