KEMPEN INDAHNYA ISLAM

Indahnya Islam menjalankan dua kempen sepanjang tahun bagi mendidik masyarakat untuk lebih menghayati dan merasai keindahan Islam.

 

KEMPEN JOM BACA AL-QURAN

kempenquran-cover

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kempen Jom Baca Al-Quran mengajak masyarakat untuk mempelajari bacaan Al-Quran secara betul dan bertajwid serta memupuk semangat istiqamah membaca Al-Quran setiap hari.

“Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di Hari Kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
[ HR Muslim ]

Telah berlangsung:
– 27 Februari 2016 | 4.30 ptg – 6.00 ptg | Pusat Rekreasi Taman Jaya, Petaling Jaya
– 2 April 2016 | 7.30 pg – 10.00 pg | Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
– 17 April 2016 | 5.00 ptg – 7.00 ptg | Vision Park, Bandar Bertam Perdana
– 28 Mei 2016 | 5.00 ptg – 9.00 mlm | Dataran Nilai, Nilai
– 28 Ogos 2016 | 8.00 pg – 10.00 pg | Hadapan Sekolah Raja Perempuan Ta’yah, Ipoh
– 31 Ogos 2016 | 8.30 pg – 11.00 pg | Taman Tasik Cempaka, BB Bangi
– 25 September 2016 | 8.00 pg – 10.00 pg | Hadapan Hotel Heritage, Ipoh
– 1Oktober 2016 | 9.00 pg – 12.00 tghr | Taman Tasik Cempaka, BB Bangi

Akan datang:
Nantikan pengumuman dari kami!

 

KEMPEN JOM SOLAT 

kempensolat-cover

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kempen Jom Solat mengajak masyarakat untuk mempelajari hukum asas solat yang betul serta memupuk budaya solat di awal waktu secara berjemaah walau berada di mana jua.

“Dari Ibnu Mas’ud r.a., dia berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. tentang amalan apakah yang paling utama? Maka baginda bersabda : Solat fardhu pada waktunya, berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan jihad di Jalan Allah.” [ HR Ibnu Hibban ]

Telah berlangsung:
– 20 April 2016 | 6.30 ptg | Perkarangan Stadium Selayang

Akan datang:
Nantikan pengumuman dari kami!