Bahaya Mengidolakan Selebriti atau Karakter Fiksi yang Bertentangan dengan Nilai Islam

Dalam dunia moden yang dipenuhi dengan teknologi dan media, selebriti dan karakter fiksyen telah menjadi ikon yang mempengaruhi ramai individu, terutamanya kanak-kanak dan remaja. Mereka sering kali dianggap sebagai lambang kejayaan, kecantikan, atau kebijaksanaan. Namun, mengidolakan selebriti atau karakter fiksyen yang bertentangan dengan nilai moral dan budaya, khususnya nilai-nilai Islam, boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi, sosial, dan moral seseorang. Oleh itu, penting untuk memahami bahaya yang mungkin timbul daripada fenomena ini.

Dalam dunia moden yang dipenuhi dengan teknologi dan media, selebriti dan karakter fiksyen telah menjadi ikon yang mempengaruhi ramai individu, terutamanya kanak-kanak dan remaja. Mereka sering kali dianggap sebagai lambang kejayaan, kecantikan, atau kebijaksanaan. Namun, mengidolakan selebriti atau karakter fiksyen yang bertentangan dengan nilai moral dan budaya, khususnya nilai-nilai Islam, boleh memberi kesan negatif terhadap perkembangan emosi, sosial, dan moral seseorang. Oleh itu, penting untuk memahami bahaya yang mungkin timbul daripada fenomena ini.

Islam mengajar umatnya untuk mencontohi teladan yang baik, seperti yang dinyatakan dalam firman Allah dalam Surah Al-Ahzab ayat 21:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu…” (Al-Ahzab: 21)

Oleh itu, umat Islam perlu berhati-hati dalam memilih idola dan memastikan bahawa mereka mencontohi individu yang membawa kebaikan dan nilai-nilai Islam dalam kehidupan.

Kesan Negatif Terhadap Tingkah Laku

Idola yang mempromosikan tingkah laku negatif seperti keganasan, penggunaan dadah, atau sikap tidak hormat terhadap undang-undang boleh mempengaruhi peminat mereka untuk meniru perlakuan tersebut. Sebagai contoh, selebriti yang terlibat dalam skandal atau menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab mungkin dianggap sebagai “pemberontak” yang menarik, lalu mempengaruhi remaja untuk mengabaikan tanggungjawab mereka sendiri. Umat islam diseru untuk menjauhi perkara yang boleh membawa keburukan kepada diri sendiri dan masyarakat, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Maidah ayat 90:

“Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan anak panah adalah kotor dari perbuatan syaitan, maka jauhilah ia agar kamu berjaya.” (Al-Maidah: 90)

Peranan Ibu Bapa dalam Membimbing Anak-Anak

Ibu bapa memainkan peranan penting dalam membimbing anak-anak untuk memahami perbezaan antara hiburan dan realiti. Salah satu cara untuk melakukannya ialah dengan berkomunikasi secara terbuka tentang idola yang diikuti oleh anak-anak. Ibu bapa perlu bertanya siapa idola mereka, mengapa mereka mengagumi idola tersebut, dan memberikan pandangan yang seimbang tentang apa yang baik dan buruk dalam tingkah laku idola tersebut.

Selain itu, ibu bapa boleh memperkenalkan anak-anak kepada tokoh inspirasi dalam Islam, seperti para nabi, sahabat, dan ulama yang terkenal dengan akhlak serta sumbangan mereka kepada masyarakat. Dengan cara ini, anak-anak akan belajar menghargai nilai-nilai seperti kejujuran, kerja keras, dan rasa tanggungjawab berdasarkan ajaran Islam. 

Pendidikan Literasi Media

Pendidikan literasi media juga penting dalam membantu kanak-kanak dan remaja menilai kandungan media dengan kritis. Mereka perlu diajar untuk mengenali kandungan yang tidak realistik atau bermotifkan komersial sematamata. Islam mengajarkan kepentingan ilmu dalam membuat keputusan yang bijak, sebagaimana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :

“Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap Muslim.” (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Dengan pendidikan literasi media, kanak-kanak dan remaja dapat membuat keputusan yang lebih bijak tentang siapa dan apa yang patut mereka kagumi.

Menggalakkan Nilai Positif

Adalah penting untuk menggalakkan anak-anak mengembangkan minat dan bakat mereka sendiri daripada terlalu bergantung kepada idola luar. Dengan menyokong mereka dalam aktiviti seperti sukan, seni, atau kerja sukarela, mereka dapat membina keyakinan diri dan menyedari bahawa kejayaan tidak semestinya diukur melalui populariti atau penampilan fizikal. Dalam Islam, umat digalakkan untuk berusaha memperbaiki diri dan mengembangkan potensi masing-masing demi kebaikan dunia dan akhirat, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Insan ayat 3

Sumber: Mais.gov

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Antara dua alam

  Solat yang sempurna merupakan rahsia kebahagiaan jiwa dan kedamaian sanubari. Kebahagiaan dan kedamaian itu selanjutnya akan memberi…