Bual Bicara Santai Kupas Ancaman Globalisasi terhadap Akidah dan Identiti

Shah Alam, 26 November 2025 — Program Jom Sinari Hidupmu anjuran Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (PIBK) Kluster Pemantapan Akidah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama INTEC Education College, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah berlangsung dengan jayanya di INTEC, Shah Alam pada tarikh tersebut.

Program yang bermatlamat mengukuhkan kefahaman akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kalangan mahasiswa ini berjaya menarik penyertaan lebih 300 pelajar INTEC, merangkumi pelajar persediaan ke Korea dan Jepun serta pelajar yang mengikuti program sijil profesional seperti CAT dan ACCA.

Program bermula pada jam 8.00 pagi dengan pendaftaran dan sarapan sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan bertajuk:
“Pengenalan dan Prinsip Teras Agama dari Sudut Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Kekeliruan Pemikiran”, membincangkan cabaran pemikiran yang dihadapi pelajar dalam era globalisasi.

Sesi diteruskan dengan Bual Bicara Santai (Podcast) bertajuk:
“Realiti Kejutan Budaya dan Ancaman Kepelbagaian Pemikiran”, menampilkan panel daripada kalangan ahli PIBK Kluster Pemantapan Akidah yang berkongsi pengalaman dan nasihat berkaitan kejutan budaya serta ancaman pemikiran liberal yang mungkin ditempuhi pelajar semasa di luar negara.

Majlis turut disempurnakan dengan ucapan dari Dr Hajjah Nurhani Salwa Jamaluddin, Timbalan Setiausaha (Dasar dan Pengurusan) MAIS yang menekankan kepentingan mahasiswa mengekalkan pegangan akidah yang sahih sebagai benteng diri ketika berada di dalam dan luar negara.

Pengarah Program, Muhammad Firdaus Mohd Sani, berkata program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang cabaran yang menanti pelajar, malah berperanan mempersiapkan mereka sebagai duta kecil Islam di mana sahaja mereka berada.

“Mahasiswa adalah aset masa depan ummah. Program ini diadakan agar mereka bukan sekadar cemerlang akademik, tetapi memiliki keyakinan akidah yang teguh dan jati diri Muslim yang kukuh,” katanya.

Program yang menghimpunkan pihak kerajaan, akademia serta NGO ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai usaha berterusan membentuk generasi pemimpin muda yang berilmu, berakhlak dan mampu menghadapi cabaran global.

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts