Bukan Islam beri pandangan mengenai Islam amat berbahaya

 

KOTA BHARU – Kerajaan Pas Kelantan menyifatkan tindakan Kementerian Pendidikan meminta pandangan daripada bukan Islam untuk menambah baik silibus mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah kebangsaan (sekolah rendah) adalah ancaman daripada puak liberal yang amat berbahaya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata, hal ehwal agama Islam tidak boleh dicampuri oleh pengganut agama lain kerana bertentangan dengan ajaran al-Quran dan Rasulullah SAW.

Malah beliau turut menyifatkan perkara tersebut berlaku kerana pemikiran liberal termasuk pemimpin kerajaan bergama Islam yang amat berbahaya kerana menafsir agama suci itu mengikut pemahaman sendiri.

“Sebenarnya soal pendidikan Islam tidak boleh minta pandangan bukan Islam. Kita wajib yakin bahawa Islam adalah agama kita. Sesungguhnya agama di sisi Allah ialah Islam. Tiada agama lain. Ini bahaya pemikiran liberal dalam orang Islam sendiri.

“Sebab itu ada pemimpin Islam buka puasa di rumah ibadat bukan Islam. Ada menteri kata itu pemahamana dia tentang Islam dan dia mengikut ajaran Rasulullah SAW. Saya nak tanya berapa kali, Nabi Muhammad SAW pergi buka puasa di gereja. Lepas itu, ada bukan Islam jadi amil zakat. Ambil duit zakat orang Islam, dia agih. Apa kena mengena duit zakat Orang Islam dengan bukan Islam.

“Jadi kita orang Islam wajib sedar bahawa pentingnya kuasa dan politik. Ini satu ancaman dalam negara kita yang perlu diselesaikan,” katanya ketika menjawab soalan lisan Mohd. Bakri Mustapha (BN-Gua Ipoh) dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini hari ini.

Mohd. Bakri bertanya apakah pandangan beliau mengenai tindakan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang mengumumkan pasukan petugas khas bagi meneliti isu-isu membabitkan pendidikan Islam di sekolah kebangsaan di laman facebooknya semalam.

Dalam hantaran itu, Nie Ching mengalu-alukan semua pihak tanpa mengira kaum dan agama untuk memberi pandangan dan idea kepada Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) bagaimanapun semakan Utusan Online di laman tersebut tersebut mendapati hantaran itu telah dipadam dan digantikan dengan kenyataan kekesalannya apabila pengumuman tersebut disalah tafsir selepas mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Malah laman Kementerian Pendidikan, https://www.moe.gov.my/index.php/en/pemberitahuan/announcement/5434-kajian-tinjauan-dalam-talian-oleh-pasukan-petugas-khas-pendidikan-islam-ppki-di-bawah-majlis-penasihat-pendidikan-kebangsaan-mppk juga telah membuang frasa ‘tanpa mengira agama dan bangsa’ dalam hantaran yang meminta pandangan semua pihak berhubung penambah baikan silibus pendidikan Islam.

Di dalam pemberitahuan tersebut, Kementerian Pendidikan memaklumkan bahawa Pasukan Petugas Khas Pendidikan Islam (PPKPI) telah ditubuhkan di bawah Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) pada 15 April 2019 untuk mengkaji pelbagai aspek mengenai mata pelajaran Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan (Sekolah Rendah) dan mencadangkan penambahbaikan yang bermanfaat kepada semua murid, guru, ibu bapa dan masyarakat Malaysia pada amnya.

Untuk tujuan itu, kementerian tersebut semua pihak berkongsi pandangan serta mengemukakan cadangan untuk menambah baik mata pelajaran tersebut melalui pautan yang diberikan. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts