Eid al-Adha di Gaza: Tiada Daging, Tiada Kemeriahan, Hanya Kesengsaraan

Semenanjung G4za — Ketika umat Islam di seluruh dunia bersiap menyambut Hari Raya Aidiladha dengan penuh kegembiraan dan pengorbanan, rakyat P4lestin di G4za hanya mampu mengenang kemeriahan yang pernah mereka rasai dahulu. Tanpa daging, tanpa pakaian baru, tanpa juadah istimewa — hanya sisa-sisa kehidupan dalam khemah pelarian dan keperitan harian akibat perang yang berlarutan.

Aidiladha, atau disebut sebagai Eid al-Adha dalam bahasa Arab, adalah perayaan suci yang memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim (Abraham) yang sanggup menyembelih anaknya sebagai tanda kepatuhan kepada perintah Tuhan. Tradisinya melibatkan penyembelihan kambing, lembu atau unta, di mana sebahagian daging disedekahkan kepada golongan miskin. Ia juga hari kegembiraan untuk kanak-kanak — lengkap dengan pakaian baharu, hadiah dan juadah lazat.

Tradisi Terhenti: Tiada Haiwan Korban, Tiada Juadah Raya

Namun tahun ini, suasana itu sirna di G4za. Sudah tiga bulan tiada daging segar yang dibenarkan masuk ke wilayah yang dikepung itu. Hampir semua ternakan tempatan telah mati akibat serangan udara dan darat Rejim z yang berterusan sejak 20 bulan lalu. Di kem pelarian Muwasi, beberapa ekor kambing, lembu dan seekor unta ditempatkan di sebuah kandang sementara — bukan untuk dijual, tetapi sekadar menjadi tontonan. Kanak-kanak hanya mampu ketawa kecil melihat haiwan-haiwan itu, sambil melaungkan takbir. Tiada siapa mampu membeli.

“Saya nak beli roti pun tak mampu. Daging langsung tiada, sayur pun tiada,” kata Abdel Rahman Madi. “Harga barang melambung gila.”

Harga barangan keperluan meningkat secara mendadak akibat sekatan yang hanya dilonggarkan sedikit dua minggu lalu. Namun kelonggaran itu tidak membawa kelegaan. Daging, buah-buahan dan sayur-sayuran segar telah lama hilang dari pasaran. Di pasar jalanan di Khan Younis, hanya terdapat permainan lembu mainan, pakaian lama dan barang hiasan terpakai. Kebanyakan pengunjung pulang dengan tangan kosong setelah melihat harga yang melampau.

“Dulu bila Aidiladha tiba, suasana sangat meriah. Kanak-kanak gembira, kita masak sedap-sedap,” kata Hala Abu Nqeira, seorang wanita yang mencari tepung di pasar. “Sekarang, tepung pun sukar nak dapat. Tiada pakaian, tiada kegembiraan. Hari-hari kami keluar cari tepung yang mampu milik, tapi harganya tak masuk akal.”

Kemusnahan Total: 96% Ternakan dan 99% Ayam Telah Mati

Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) PBB, 96% ternakan dan 99% ayam telah musnah. Lebih 95% tanah pertanian tidak lagi boleh digunakan — sama ada rosak teruk atau berada dalam zon ketenteraan Rejim Z. Sekatan Rejim Z yang menutup sepenuhnya laluan makanan dan bantuan lain selama dua bulan, hanya mula membenarkan sejumlah kecil lori bantuan dua minggu lalu, yang kebanyakannya mengandungi tepung. Namun, PBB menghadapi kesukaran mengagihkan bantuan kerana sekatan tentera dan kejadian rompakan.

Lebih dua juta rakyat G4za telah kehilangan tempat tinggal, dan kebanyakannya terpaksa berpindah beberapa kali demi menyelamatkan diri daripada serangan.

Empat Kali Aidil Dalam Perang: “Tiada Pakaian, Tiada Gembira, Tiada Raya”

Rasha Abu Souleyma, seorang ibu, sanggup kembali ke rumah lamanya di Rafah yang telah ditinggalkan demi mencari beberapa barang tinggalan. Dia pulang hanya dengan beberapa helai pakaian, cermin mata plastik berwarna merah jambu dan gelang mainan yang diberi kepada dua anak perempuannya sebagai hadiah Aidiladha.

“Saya tak mampu belikan pakaian atau apa-apa untuk mereka,” katanya. “Dulu bila Aidiladha tiba, saya akan bawa pulang daging buat mereka gembira. Sekarang, nak beri roti pun saya tak mampu.”

Berhampiran khemah mereka, beberapa kanak-kanak bermain buaian buatan sendiri daripada tali yang diikat dan dililit pada tiang khemah.

2 Kali AidilAdha dan 2 Kali Aidilfitri Bawah Kancah Peperangan

Karima Nejelli, pelarian dari Rafah, berkata rakyat G4za kini telah menyambut empat perayaan besar — dua kali Aidiladha dan dua kali Aidilfitri — di bawah kancah peperangan.

“Dalam empat Aidil ini, kami rakyat Palestin tidak merasai sebarang bentuk kegembiraan. Tiada sembelihan, tiada biskut raya, tiada pakaian baru. Hanya kesedihan dan perjuangan untuk terus hidup,” katanya.

Sumber: Apnews


Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts