GSPP lancar fasa pertama 90 hari boikot produk pro-Israel

Bangi – Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni menegaskan, kempen boikot produk pro-Israel yang dilancarkan gerakan itu tidak berlawanan dengan landasan syarak.

Beliau berkata, strategi itu pernah dilaksanakan Nabi ﷺ dalam menghapuskan pasar Yahudi Bani Qainuqa yang penuh dengan penipuan, monopoli dan penindasan.

Jelasnya, GSPP mengambil pendekatan menggunakan slogan ‘boikot’ kerana lebih mudah difahami dan sesuai dengan suasana perang di Gaza ketika ini yang sudah mengorbankan 17,000 ribu umat Palestin dengan lebih separuh daripada jumlah itu adalah kanak-kanak.

“Bahkan ‘boikot’ dilihat lebih sepadan dengan tekanan yang terhasil dari rang undang-undang (RUU) Amerika Syarikat (AS) yang menyekat penyaluran dana bantuan dari seluruh dunia kepada badan pro-Hamas.

“Barulah buku bertemu ruas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Fauzi mengakui kempen boikot pernah melalui pelbagai pengalaman sebelum ini antaranya awal tahun 2000 yang mana menggunakan slogan ‘buy American last’.

Menurutnya, kempen itu ibarat gagal sebelum munculnya slogan ‘Buy Muslim First’ yang tidak bertahan lama.

Pun begitu, beliau berkata, keberkesanan boikot terhadap syarikat mesra Israel sudahpun nampak bibit-bibitnya.

“Kunci kepada kejayaan adalah kesatuan hati dan tindakan serta istiqamah,” katanya.

Menerusi kempen boikot dilancarkan semalam, Muhammad Fauzi berkata, GSPP memilih produk yang diboikot dengan mengambil kira empat ciri dan langkah antaranya;

i. Produk itu mesra Zionis dengan sama ada memberikan dana atau sokongan moral atau apa juga bentuk sokongan terhadapnya;

ii. Produk itu adalah yang mampu ditinggalkan oleh rakyat Malaysia tanpa sebarang beban dan kesukaran dalam kehidupan harian;

iii. Produk yang diboikot itu ada alternatif lain yang sedia ada di pasaran atau yang boleh dikembangkan kemudian dalam masa terdekat;

iv. Kempen akan berjalan dengan mengambil kira segala implikasi undang-undang.

“Dengan itu GSPP memilih tiga syarikat yang akan diboikot iaitu McDonald Corporation, Grab dan Netflix. Fasa pertama boikot akan berjalan selama 90 hari,” katanya.

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts