Kilang Kitar Semula di Semenyih Terbakar, 70% Musnah

SEMENYIH, 3 Julai – Sebuah kilang kitar semula di Jalan Bangi Batu 1, Semenyih Teknologi Park dilaporkan terbakar awal pagi tadi, menyebabkan kira-kira 70% bangunan musnah.

Sumber : Hantaran FB Pekan Bangi

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.33 pagi, dan pasukan pertama dari Balai Bomba Semenyih tiba di lokasi 12 minit kemudian.

Seramai 37 anggota bomba dari lima balai — Semenyih, Bangi, Kajang, Pandan Indah dan Mantin — terlibat dalam operasi pemadaman. Turut digunakan lima jentera FRT, tiga tangki air dan satu unit EMRS.

Komander Operasi, PBK II Mohd Hafizul Bin Kasad, memaklumkan kebakaran melibatkan bangunan bersaiz 100×100 kaki persegi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat setakat ini.

Kerja-kerja memadam kebakaran masih dijalankan dan pihak berkuasa serta pegawai kanan operasi telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Sumber : Astro Awani

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts