Kubur pejuang P4lest!n Diceroboh, Jenazah Dihina oleh Rejim Z

PETALING JAYA – Seorang wartawan rakyat Palestin meluahkan kekesalan selepas menyaksikan kawasan perkuburan pejuang Palestin digali semula oleh rejim Zionis.

Menerusi hantaran pengguna Instagram, Wissam Shabat, cebihan kain kafan dan tulang manusia kelihatan terdedah.

“Perbuatan menggali semula kubur ini bukan sahaja melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa, tetapi juga satu serangan terhadap nilai agama dan kemanusiaan yang memuliakan jasad. Kekejaman Israel dalam menghapuskan bukti perjuangan bangsa Palestin dengan menafikan bukti dan simbol ketabahan mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, gencatan senjata antara Hamas dan Israel dijadualkan memulangkan kesemua 48 tebusan yang masih hidup dan yang meninggal dunia sebagai pertukaran bagi hampir 2,000 rakyat Palestin yang ditahan oleh rejim Zionis.

Setakat ini hanya 15 daripada 28 tebusan yang meninggal telah dipulangkan, dengan mayat mereka tertimbus di bawah runtuhan di seluruh wilayah yang musnah itu.

Kejadian itu mencetuskan kemarahan ramai pihak yang mengecam tindakan Israel terhadap jenazah para pejuang Palestin.

“Semua orang sepatutnya simpan video dan gambar ini sebagai bukti kekejaman mereka, kerana Zionis akan cuba padamkannya dan berpura-pura menjadi mangsa,” komen @Rnooshabud.

“Saya malu kepada mereka kerana membiarkan ketidakadilan seperti ini terus berlaku,” kata Lia.

“Semakin tragis, malah lebih teruk lagi. Berapa kali rakyat Gaza perlu mati dalam memperjuangkan diri? Semoga Allah memberikan pembalasan yang paling dahsyat kepada Israel,” tambah seorang lagi pengguna.

Sumber: Kosmo

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts