Selepas lebih setahun, akhirnya hari ini kami dapat makan daging.
Rasanya seperti mimpi. Alhamdulillah
Itu luahan seorang penduduk Gaza meluahkan rasa bersyukur dapat menikmati daging selepas setahun dalam hidup dalam kegelapan perang.
Menerusi hantaran oleh @Nermeenalswaisi di aplikasi X, berkongsi gambar menunjukkan satu periuk penuh daging dimasak. Kehidupan harian penduduk di wilayah Gaza yang masih berjuang untuk mendapatkan bekalan asas termasuk makanan, air bersih dan elektrik tidak dapat ditandingi.
Terdahulu, sejak gencatan senjata dilaksanakan lebih 6,700 tan makanan yang menurutnya, cuma cukup untuk hampir setengah juta orang selama dua minggu.
Perkongsian itu menyentuh hati pengguna media sosial meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap keadaan rakyat Gaza yang terpaksa berdepan kekurangan bekalan makanan akibat konflik berterusan.
“Bagaimana orang sanggup melakukan ketidakadilan terhadap orang-orang yang penuh rasa syukur seperti ini?,” komen @MehrMahd
“Saya turut bersedih dengan keadaan semua saudara di Gaza. Saya harap semua dapat bekalan makanan yang sentiasa mencukupi,” komen @Nizalmiswat
“Alhamdulillah. Saya mendoakan semua saudara di Gaza diberkati-Nya,” komen @ForzaLubnan
Sumber: Kosmo Online
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








