Semangat Pasukan Simpanan Isr43l Kian Merosot

BAITULMAQDIS, 27 Safar – Ketika Rejim Z berusaha memperluas serangan ketenteraan di G4za, suasana dalam negara itu selepas hampir dua tahun konflik semakin jelas tergambar melalui rasa tidak puas hati sebahagian anggota pasukan simpanan yang dipanggil bertugas semula.

Selepas serangan 7 Oktober 2023 oleh kumpulan pejuang H4mas di selatan Rejim Z, rakyat Rejim Z bergegas pulang meninggalkan urusan, percutian, pengajian dan kehidupan baharu mereka di luar negara untuk menyertai perang.

Namun kini, ramai mula meluahkan kekecewaan terhadap kepimpinan politik yang menghantar mereka kembali ke medan tempur, khususnya ketika tentera sedang bersiap sedia menguasai Bandar G4za, pusat bandar terbesar wilayah itu.

Satu kajian oleh Agam Labs di Universiti Hebrew yang meneliti sentimen lebih 300 anggota pasukan simpanan mendapati 25.7 peratus daripada mereka mengalami penurunan motivasi yang ketara berbanding awal perang, manakala 10 peratus lagi melaporkan penurunan kecil.

Apabila ditanya tentang perasaan terhadap kempen ketenteraan itu, kumpulan terbesar iaitu 47 peratus menyatakan emosi negatif terhadap kerajaan, pengurusan perang serta rundingan pembebasan tebusan.

Pada Mac lalu, sebelum pengumuman serangan terbaharu, media Rejim Z Ynet melaporkan kadar kehadiran pasukan simpanan adalah 30 peratus lebih rendah daripada sasaran yang ditetapkan komander tentera.

Perdana Menteri Rejim Z, Benjamin Netanyahu, berikrar untuk menghancurkan H4mas selepas serangan 7 Oktober 2023 yang digelar sebagai hari paling berdarah bagi orang Yahudi sejak Holocaust, mengorbankan 1,200 orang dan menyebabkan 251 dijadikan tebusan di G4za.

Namun peperangan berlarutan, H4mas masih bertahan, sementara rakyat Rejim Z mengecam Netanyahu kerana gagal mencapai perjanjian pembebasan tebusan meskipun pelbagai usaha pengantaraan telah dijalankan.

“Perang ini bersifat politik”

Pasukan simpanan turut menyertai puluhan ribu rakyat Rejim Z dalam mogok besar-besaran pada Ahad lalu, antara demonstrasi terbesar yang menyokong keluarga tebusan dengan tuntutan agar Netanyahu mencapai perjanjian bersama Hamas demi menamatkan perang dan membebaskan baki tawanan.

Seorang juruterbang simpanan, Roni Zehavi, meletakkan jawatan atas prinsip selepas lebih 200 hari berkhidmat apabila gencatan senjata terakhir gagal.

“Ketika dikerah, kami laksanakan semua arahan tanpa persoalan. Tetapi kemudian timbul pertanyaan iaitu ke mana semua ini akan berakhir?” katanya.

Pasukan simpanan menuduh kerajaan mengekalkan perang semata-mata untuk kepentingan politik.

“Perang ini sepenuhnya politik, tiada tujuan lain kecuali memastikan Netanyahu kekal berkuasa sebagai perdana menteri,” katanya kepada Reuters.

“Dia sanggup mengorbankan tebusan, askar, bahkan rakyat sendiri semata-mata demi dirinya dan isterinya. Inilah tragedi Rejim Z, dan inilah realitinya.”

Setakat ini, pejabat Perdana Menteri tidak memberikan sebarang komen.

Netanyahu juga menolak gesaan untuk menubuhkan siasatan negara mengenai kegagalan keselamatan pada 7 Oktober, dengan alasan siasatan tidak wajar dilakukan selagi perang masih berlanjutan. Beberapa sekutu kanan ekstremnya turut mengugut akan menjatuhkan kerajaan sekiranya perang ditamatkan tanpa mencapai matlamat yang diumumkan.

Rejim Z sebelum ini memanggil 360,000 pasukan simpanan, mobilisasi wajib terbesar sejak Perang Yom Kippur 1973, dan ia pada awalnya disambut dengan luar biasa. Namun kini, semangat dalam kalangan mereka nyata semakin pudar.

“Saya tidak sanggup menjadi sebahagian daripada sistem yang tahu ia akan membunuh tebusan. Saya benar-benar takut sehingga tidak dapat tidur malam,” kata seorang paramedik tempur yang enggan dikenali kerana larangan bercakap kepada media.

Menurut Channel 12 Rejim Z, tentera merancang memanggil 250,000 lagi pasukan simpanan untuk operasi ke atas Bandar G4za.

Sehingga kini, Rejim Z kehilangan 898 askar dengan ribuan lagi cedera, menjadikan perang G4za sebagai konflik terpanjang sejak perang 1948 yang membawa kepada penubuhan negara haram itu. Tindak balas ketenteraan Rejim Z pula telah membunuh lebih 61,000 penduduk G4za, termasuk ribuan kanak-kanak. – REUTERS

Sumber: TV Pertiwi

Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts