Sokong palestin bukan sekadar tindak balas isu biasa

 

Agenda penentangan di Palestin adalah sebuah pakej bersepadu, bukan semata respons terhadap isu.

Kehebatan tentera Al-Qass.am di G@za yang memberikan penentangan kepada rejim Zionis Israel dengan melancarkan ratusan roket setiap hari memberikan satu kebanggaan kepada semua umat Islam, bagaimana dengan keterhadan sumber material dan kewangan, mereka boleh menghasilkan satu kejayaan demi kejayaan dalam meningkatkan keupayaan mereka dalam penentangan ini.

Suka untuk saya gambarkan kepada semua bahawa apa yang berlaku di G@za atau penentangan di Palestin adalah satu terjemahan terhadap satu usaha bersepadu yang mendidik generasi umat Islam agar tidak tunduk dan berserah kepada agenda Zionis Israel dan tekanan antarabangsa.

Mereka telah melalui jerih payah pembinaan generasi selama puluhan tahun hingga mampu melahirkan apa yang dicapai pada hari ini, peperangan demi peperangan mereka tidak pernah mengaku kalah, sejak peperangan tahun 2008.

Bermula pada 1881 apabila penghijrahan Yahudi secara beramai-ramai dari Eropah, dan pengiktirafan PBB terhadap negara haram Israel 1948, mereka mula menyedari bahawa tiada jalan lain untuk menentang penjajahan ini melainkan dengan jalan kekuatan, iaitu pada Intifadah pertama tahun 1987 yang dipelopori oleh As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin RHM. Setelah itu mereka mula membina sedikit demi sedikit kekuatan hingga H.M.S mendapat undi tertinggi pada tahun 2007 dalam pilihanraya di Gaza.

Hinggalah hari ini, mereka membina sedikit demi sedikit pencapaian dan kemajuan teknologi hingga mampu membina teknologi drone sendiri yang dinamakan ‘Shehab’ dan teknologi ketenteraan yang hebat.

Kita di Malaysia boleh belajar daripada mereka perkara yang sama. Mereka membina kekuatan daripada kesedaran yang jelas terhadap kefahaman agama dan bagaimana memartabatkan agama.

Mereka tidak meletakkan kepercayaan kepada kuasa dunia untuk menyelamatkan mereka sebaliknya meletakkan kepercayaan kepada kalam Tuhan mereka dan berpegang kepada prinsip ‘jihad adalah satu-satunya penyelesaian’ berbanding percaya kepada perjanjian-perjanjian plastik yang hanya menguntungkan pihak Yahudi dan merugikan umat Islam.

Mereka membina generasi atas dasar yang jelas, membina kekuatan atas paksi yang kukuh, lalu lahirnya pencapaian-pencapaian hari ini yang kita boleh saksikan sendiri.

Pengajaran untuk kita, jangan sekali-kali percaya perkara-perkara yang diolah oleh orang luar untuk kita. Mereka boleh ‘legalize’kan segala undang-undang antarabangsa untuk kepentingan mereka dan menindas hatta menjajah tanah kita.

Bina kekuatan dan kemampuan sendiri, atas kesedaran yang jelas, dan tunjukkan kepada dunia kekuatan dan pencapaian kita. Bila kita hanya percaya pada orang luar untuk selamatkan kita, sampai bila-bila kita akan dimakan oleh mereka.

Jadikanlah isu Palestin sebagai agenda hidup kita sehari-harian, dan didiklah generasi kita untuk fahami isu ini, agar kita tidak mengulangi sejarah penjajahan yang menimpa mereka, suatu hari nanti.

Ya, kita juga memerlukan pakej pembinaan generasi yang bersepadu, dari sudut pemikiran, keilmuan, kefahaman dan agenda perjuangan, serta tidak menganggap ‘kemenangan’ hanyalah dengan ‘satu pertempuran’, kerana ia hakikatnya adalah sebuah ‘kehidupan’.

Wallahua’lam bissawaab.

Ustaz Syamil Esa
Majlis Ulama ISMA

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts