Tiga Bulan Tanpa Bantuan: Gaza Dalam Kelaparan dan Derita

Gaza – Gaza kini sudah lebih tiga bulan tidak menerima sebarang bantuan kemanusiaan yang selamat, berperikemanusiaan, dan berskala besar, menurut Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini.

Dalam satu kenyataan terbuka, Lazzarini meluahkan kebimbangannya terhadap penderitaan penduduk Gaza yang kian meruncing setiap hari.

“Penderitaan rakyat Gaza adalah sesuatu yang tidak tergambar dengan kata-kata. Setiap hari berlalu membawa lebih banyak kesengsaraan,” katanya.

Beliau menyeru tindakan segera daripada masyarakat antarabangsa:

“Kita mesti membawa masuk bantuan berskala besar dan menyampaikannya secara selamat, ke tempat di mana rakyat amat memerlukannya.”

Lazzarini menegaskan bahawa PBB, termasuk UNRWA, adalah satu-satunya badan yang mampu melaksanakan misi ini dengan berkesan:

“Kami ada kepakaran, pengalaman dan sumber. Gencatan senjata sebelum ini telah membuktikan bahawa kami mampu menyampaikan bantuan apabila halangan diangkat.”

Beliau turut memberi amaran bahawa kelewatan berterusan dalam menyampaikan bantuan akan membawa padah:

“Jika kita terus berlengah, kelaparan akan terus memusnahkan. Ia akan menolak rakyat Gaza ke jurang keputusasaan yang tidak berpenghujung dan menghapuskan nilai kemanusiaan mereka.”

Pegawai PBB dan pertubuhan kemanusiaan telah berulang kali merayu agar sekatan Israel dihentikan dan bantuan menyelamatkan nyawa dibenarkan masuk. Kini, lebih dua juta rakyat Palestin di Gaza terus berdepan kelaparan, pelarian, dan trauma, manakala hampir 60 orang – kebanyakannya kanak-kanak – meninggal dunia akibat kebuluran yang berpunca daripada sekatan Israel yang berterusan.

Sumber : Quds News Network; Gambar : The Guardian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts