NEW DELHI, 18 Nov — Seramai 45 jemaah India maut selepas bas yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Arab Saudi, memetik kenyataan pegawai pada Isnin.
Kejadian berlaku di Madinah dan bas tersebut membawa warganegara India, menurut pihak berkuasa.
“Seramai 45 orang terkorban dan hanya seorang yang terselamat. Mangsa yang terselamat kini dirawat di hospital,” kata pegawai kanan polis negeri Telangana di selatan India, V.C. Sajjanar, kepada pemberita.
Perdana Menteri India, Narendra Modi, menerusi platform X menyatakan beliau “sangat sedih” dengan kejadian tersebut.
“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa. Saya berdoa agar semua yang cedera segera sembuh,” katanya.
Modi turut memaklumkan bahawa Kedutaan India di Riyadh dan Konsulat di Jeddah sedang memberikan segala bentuk bantuan yang diperlukan.
“Pegawai kami juga sedang berhubungan rapat dengan pihak berkuasa Arab Saudi,” tambah beliau.
Sumber: BERNAMA
📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam








