85 Pelajar SMK Seri Sepang Terima Surat Tawaran UNITEN Atas Kecemerlangan Percubaan SPM

Seramai 85 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Sepang, Selangor mencatat detik bermakna apabila menerima surat tawaran kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan mereka dalam peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini.

Majlis penuh inspirasi itu diadakan sempena Majlis Restu Ilmu Bonda Pengetua Bersama Calon SPM 2025 yang berlangsung di Dewan Makan Asrama sekolah, dengan kehadiran ibu bapa dan warga pendidik.

Lebih membanggakan, empat pelajar berpotensi tinggi turut menerima surat tawaran tajaan bersyarat, hasil prestasi akademik yang konsisten serta kejayaan cemerlang dalam percubaan SPM terdahulu.

Penyampaian surat tawaran disempurnakan oleh Pengarah Pemasaran dan Kemasukan Pelajar UNITEN, Jureena Noordin, sebagai simbol penghargaan universiti terhadap usaha gigih dan daya saing para pelajar.

Menurut Jureena, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen UNITEN untuk memperluaskan akses kepada pendidikan tinggi berkualiti, di samping memastikan lebih ramai pelajar berpeluang melanjutkan pengajian dalam bidang strategik yang menyokong pembangunan tenaga negara.

“Pemberian surat tawaran awal kepada pelajar cemerlang ini turut mengukuhkan kerjasama strategik antara UNITEN dan sekolah-sekolah di seluruh negara, sekali gus memberi motivasi kepada pelajar lain untuk terus mencapai kecemerlangan akademik,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts