Terowong bawah tanah Gaza-Mesir runtuh, 3 mayat rakyat Palestin ditemukan

GAZA – Susulan kejadian runtuhan terowong bawah tanah dari selatan Semenanjung Gaza ke Mesir, semalam, tiga mayat rakyat Palestin ditemukan, menurut pihak berkuasa di kawasan dikuasai Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al- Bozom dalam kenyataan memaklumkan, pasukan pertahanan telah menemukan mayat di bawah runtuhan berhampiran sempadan di selatan Rafah.

Memetik English.alarabiya.net, terowong berkenaan merupakan laluan untuk masuk dan keluar dari kawasan kepungan yang berada di bawah sekatan negara haram Israel sejak 2007.

Sementara itu, Israel pula mendakwa jaringan terowong dibina di bawah sempadan dengan Mesir untuk membolehkan Hamas menyeludup senjata.

Israel turut memusnahkan terowong antara Gaza dan wilayahnya sendiri.

Menurut sumber Palestin, Mesir yang berdepan pemberontakan di Semenanjung Sinai berdekatan dengan Gaza memusnahkan ratusan terowong sejak 2013, walaupun beberapa masih digunakan untuk penyeludupan.

Sepanjang konflik 11 hari dengan kumpulan bersenjata di kawasan kepungan pada Mei, Israel mengakui sasaran utama adalah rangkaian terowong ‘metro’ yang membolehkan pejuang Hamas melancarkan ribuan roket. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts