Kuwait salur dana AS$1.2 juta kepada Palestin

 

BAITULMAQDIS – Perdana Menteri Palestin, Muhammad Shtayyeh memberitahu, Kuwait telah menyalurkan dana AS$1.2 juta bagi menampung kewangan hospital di Baitulmaqdis melalui Dana Arab untuk Pembangunan Ekonomi dan Sosial (AFESD).

Muhammad berkata, tawaran itu adalah sebahagian daripada pakej bantuan kewangan bernilai AS$5.7 juta, yang disasarkan untuk projek di bandar diduduki.

Hospital Amal Al-Maqasid, Hospital Augusta Victoria (Al-Mutlaa) dan St John Eye Hospital akan mendapat manfaat daripada dana Kuwait.

Ketua Pusat Penerangan Wad Hilwa, Jawad Siyam berkata, sokongan Kuwait ke atas pusat-pusat kesihatan di Palestin akan memperkukuh perkhidmatan perubatan selain mengurangkan beban penduduk Baitulmaqdis, yang membayar sejumlah besar wang bagi mendapatkan rawatan di hospital Israel.

Beliau berkata, Kuwait telah menyumbang kepada pelaksanaan banyak projek penting di Baitulmaqdis yang sekali gus menyokong penduduk Palestin menghadapi penindasan dilakukan rejim pengganas Israel.

Selepas serangan Israel di Semenanjung Gaza pada 2014, Kuwait menyalurkan dana sebanyak AS$200 juta bagi pembinaan semula penempatan, kilang, loji air dan infrastruktur yang musnah di kawasan terkepung. -Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts