Tragedi Yang Mengingatkan Kita — Jiran Bukan Sekadar Penghuni Sebelah

GEORGE TOWN – Penduduk sebuah pangsapuri di Jalan Bukit Gambir dikejutkan dengan penemuan mayat dua beranak yang sudah hampir reput di dalam sebuah unit rumah. Mangsa, seorang wanita berusia 40 tahun dan anak perempuannya berusia 2 tahun, dipercayai telah meninggal dunia sejak beberapa minggu lalu — tanpa disedari oleh sesiapa.

Mayat kedua-dua mangsa ditemui dalam keadaan mereput. Sumber gambar dari Sinar Harian

Menurut jiran tetangga, wanita tersebut tinggal bersendirian bersama anaknya sejak suaminya dipenjara. Mereka hidup dalam keadaan sunyi, tertekan dan serba kekurangan. Bekalan elektrik dipotong, dan jiran hanya mengetahui keadaan itu selepas terhidu bau busuk pada 21 Jun.

“Dia jarang keluar rumah. Hanya senyum bila terserempak. Kami pun tak tahu dia sedang susah,” kata seorang jiran berusia 50-an.

Penemuan ini mengundang rasa pilu dan kesal dalam kalangan jiran. Ramai menyatakan, jika mereka tahu kesusahan wanita itu, pasti mereka akan membantu.

Anggota bomba terpaksa memecah pintu kediaman mangsa selepas polis menerima laporan menegenai bau busuk dari rumah tersebut. – Sumber gambar dari Sinar Harian

Peristiwa ini mengingatkan kita betapa pentingnya menjaga hubungan dengan jiran, bukan sekadar tahu nama atau tinggal bersebelahan. Islam menekankan tanggungjawab sosial terhadap jiran dengan sangat serius.

Sabda Nabi SAW:

“Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai untuk jirannya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dan dalam hadis lain:

“Jibril terus berwasiat kepadaku agar berbuat baik kepada jiran, sehingga aku menyangka jiran akan termasuk dalam senarai ahli waris.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kita mungkin menyangka jiran kita baik-baik sahaja hanya kerana mereka tidak mengadu. Namun, kesunyian, tekanan dan kemiskinan boleh memakan jiwa dalam diam. Tragedi ini bukan hanya kehilangan dua nyawa, tetapi juga satu tamparan halus kepada kita semua — bahawa menjaga jiran adalah amanah yang dituntut dalam agama.

Mari kita lebih prihatin. Satu senyuman, satu sapaan, satu pertanyaan boleh menjadi semangat dan penyelamat dalam hidup orang lain.

https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts