Trump Bangga Beri Senjata, Puji N3tanyahu ‘Gunakan dengan Baik’ di Gza

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump secara terbuka mengakui bahawa beliau telah membekalkan senjata kepada Israel, sambil memuji Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu kerana menggunakan senjata tersebut “dengan baik” dalam pelaksanaan jenayah genosid terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Berucap di Knesset Israel pada 13 Oktober 2025, Trump mendedahkan bahawa Netanyahu sering menghubunginya untuk meminta pelbagai jenis senjata, termasuk senjata yang belum pernah dihasilkan sebelum ini.

“Bibi (Netanyahu) sering menelefon saya, ‘bolehkah kamu dapatkan senjata ini, senjata itu, senjata ini?’ Ada yang saya sendiri tidak pernah dengar, Bibi, dan saya tetap hasilkan juga. Tetapi kami pastikan ia sampai ke sini (Israel), betul kan? Dan senjata-senjata itu memang yang terbaik,” katanya.

Trump turut memuji keupayaan Israel dalam menggunakan senjata-senjata tersebut dengan berkesan, sambil menyifatkan kekuatan ketenteraan rejim penjajah itu sebagai kunci kepada “keamanan”.

“Anda menggunakan (senjata Amerika) ‘dengan baik’. Ia memerlukan orang yang tahu cara menggunakannya, dan anda jelas tahu bagaimana melakukannya. Israel menjadi kuat dan berkuasa, dan itulah yang akhirnya membawa kepada keamanan,” katanya yang disambut dengan tepukan daripada hadirin.

Dalam insiden berasingan semasa ucapan itu, dua ahli Knesset Israel, Ayman Odeh dan Ofer Cassif daripada Parti Hadash (Barisan Demokratik untuk Keamanan dan Kesamarataan), bertindak mengangkat plakad serta melaungkan slogan mengecam genosid Israel di Gaza sebelum diusir keluar dari dewan.

Rakaman video menunjukkan kedua-dua mereka diiring keluar oleh pengawal keselamatan selepas melaungkan seruan menentang kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin.

Sumber: Dunia Palestin

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts