Masalah Sosial Remaja Takkan Selesai Jika Ibu Bapa Ambil Mudah Tanggungjawab

Masalah sosial yang melibatkan remaja kebelakangan ini sering menjadi perhatian masyarakat, namun ramai yang cenderung menuding jari kepada institusi pendidikan atau pihak sekolah.

Ketua Wanita BERJASA, Dr. Fadilah Ashari menegaskan bahawa tanggungjawab mendidik anak-anak sebenarnya bermula daripada ibu bapa.

Menurut beliau, ibu bapa merupakan individu pertama yang menyayangi, membimbing, dan menentukan hala tuju kehidupan anak-anak.

“Sejak kecil lagi, ibu bapa perlu menanam nilai serta kefahaman yang betul dalam diri anak-anak. Pendidikan anak bukan hanya tugas pihak sekolah semata-mata,” katanya melalui sebuah video pendek yang dikongsikan di media sosial.

Dr. Fadilah turut mengingatkan tentang doa yang sering diamalkan umat Islam dalam usaha membentuk zuriat yang soleh:

‘Rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrota a’yun, wa ja‘alna lil muttaqina imama’.

Jelasnya, doa ini bukan sekadar memohon agar dikurniakan zuriat sebagai penyejuk hati, tetapi turut membawa makna mendalam berkaitan pembentukan pemimpin dalam kalangan umat Islam.

Beliau menekankan bahawa perubahan dalam masyarakat perlu bermula daripada diri sendiri dan anak-anak.

Apabila ibu bapa berjaya mendidik anak menjadi individu yang bertanggungjawab dan berjiwa pemimpin, kesannya akan memberi impak positif kepada keseluruhan masyarakat Islam.

“Setiap ibu bapa mempunyai misi masing-masing. Jika kita berusaha membina anak-anak sebagai generasi pemimpin yang berakhlak dan berilmu, Insya-Allah akan lahir generasi yang mampu menegakkan kebenaran serta membawa kebaikan kepada ummah,” ujarnya.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts