Himpunan Bantah Trump Lancar Walaupun Lokasi Bantahan Bertukar Saat Akhir

BANGI, 4 JAMADILAWAL – Himpunan membantah kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump tetap berjalan lancar meskipun penganjuran protes aman itu terpaksa ditukar lokasi pada saat akhir.

Terdahulu, himpunan aman itu sepatutnya diadakan di Ampang Park dan TV Pertiwi difahamkan ia tidak boleh diteruskan selepas dihalang pihak berkuasa sebelum Dataran Merdeka dipilih sebagai lokasi alternatif.

Tinjauan wartawan TV Pertiwi mendapati, orang ramai termasuk dalam kalangan pemimpin politik dan ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mula berkumpul di Dataran Merdeka pada jam 9.30 pagi diiringi laungan solidariti terhadap Palestin sebelum diteruskan ucapan pertama oleh aktivis Palestin, Tian Chua yang juga bekas Naib Presiden PKR.

Kelihatan juga kehadiran pegawai dan anggota polis di lokasi bagi mengawal keselamatan di kawasan itu serta orang ramai yang hadir.

Pengerusi Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP), Muhammad Fauzi Asmuni berkata, matlamat himpunan itu bukan usaha untuk mensabotaj persidangan ASEAN yang sedang berlangsung di ibu negara, sebaliknya menjadi platform kepada rakyat Malaysia meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kehadiran Trump di negara ini.

Tegas beliau, Trump adalah figura yang diketahui umum sebagai pendorong kepada peperangan dan genosid yang berlaku di Gaza oleh tentera negara haram Israel.

“Sekiranya waran tangkap telah dikeluarkan kepada Netanyahu oleh beberapa negara. sepatutnya Trump pun sama juga.

“Kita mesej (daripada himpunan) ini sampai ke kerajaan bahawa rakyat Malaysia tidak suka Trump dan kita berharap kerajaan Malaysia akan membetulkan pendirian mereka terhadap Trump pada masa akan datang,” katanya kepada TV Pertiwi.

Terdahulu, penganjuran himpunan itu bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir tepat pada jam 12 tengah hari.

Antara figura yang turut hadir selain Muhammad Fauzi dan Tian Chua ialah Presiden PEJUANG, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Pengerusi BDS Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail; Pengerusi PH Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrain Raja Ahmad; bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin serta beberapa wakil mahasiswa dan aktivis Palestin.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts