Jangan Terlalu Mempertahankan Trump, Amerika Syarikat ialah Pembekal Utama Senjata kepada Zionis

BANGI, 5 JAMADILAWAL – Pengurus dan Penyelidik Dunia Palestin, Ustaz Ahmad Nu’man Mazlan, menegur sikap segelintir rakyat Malaysia yang dilihat terlalu lunak terhadap Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, sedangkan negara tersebut merupakan penyumbang utama senjata yang digunakan untuk membunuh rakyat Palestin.

Menurut beliau, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan alasan diplomasi untuk mempertahankan tindakan berlebihan dalam menjalin hubungan dengan tokoh yang jelas menyokong rejim Zionis.

“Kita faham konsep diplomasi dan hubungan antarabangsa, namun biarlah ia diuruskan oleh pegawai kerajaan dengan kadar yang wajar, tanpa melampau,” tegasnya.

Kenyataan itu dibuat susulan reaksi segelintir pengguna media sosial yang dilihat mempertahankan layanan mesra terhadap Trump semasa lawatan rasmi, walaupun dasar luar Amerika Syarikat tetap menyokong Israel secara terbuka.

Ustaz Nu’man turut hairan mengapa masih ramai rakyat yang berusaha memberi pelbagai alasan untuk membersihkan imej Trump.

“Yang menghairankan, mengapa begitu ramai netizen dan rakyat biasa berusaha memberikan pelbagai justifikasi untuk menjernihkan imej Trump, seolah-olah dia mempunyai kuasa mutlak menentukan segalanya? Di mana asas akidah anda?” soalnya.

Beliau menambah, tindakan sebegitu menyinggung perasaan rakyat Palestin yang sedang berhadapan dengan kehancuran akibat serangan berterusan rejim Zionis yang disokong penuh oleh Amerika Syarikat.

“Bayangkan perasaan rakyat Palestin apabila melihat Malaysia — negara yang mereka sanjung tinggi — menunjukkan kemesraan kepada individu yang menyalurkan senjata bagi memusnahkan 90% tanah air mereka dan menyebabkan lebih 100,000 nyawa terkorban. Begitu mudahkah anda melupakan semua itu?” ujarnya.

Sumber: TV Pertiwi

📲 Join telegram channel untuk lebih info Indahnya Islam: https://t.me/indahnyaislam

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts