Inilah OKU Palestin yang dibunuh askar Israel

 

KEHILANGAN kedua-dua kaki, menggunakan kerusi roda dan berisiko ditembak mati tidak menghalang Ibrahim Abu Thurayeh, 29 untuk memprotes tindakan Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Malah, sebelum maut ditembak oleh askar Israel, protes pada Sabtu bukanlah protes dan pertembungan pertama Ibrahim dengan askar Israel.

Ibrahim yang didakwa kehilangan kedua-dua kakinya pada 2014 dilaporkan sebelum ini aktif menyertai pertembungan diantara penduduk Palestin dan askar rejim Zionis di bandar Gaza dan Tebing Barat.

Dalam kebanyakan foto yang merakam Ibrahim, soldadu OKU berkenaan dilihat dengan berani mara berkerusi roda sambil mengibarkan bendera Palestin, tatkala rakan seperjuangan tunduk mengelak hujan peluru getah dan bom pemedih mata.

 

Ibrahim Abu Thurayeh.

 

Hamba ALLAH S.W.T. tersebut akhirnya gugur semalam selepas ditembak di sempadan berhampiran bandar Gaza.

Mangsa yang dibawa ke hospital al-Shifa di bandar sama diisytiharkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.

Ketika ini, beribu-ribu lagi rakyat Palestin berterusan bersemangat bangkit untuk menentang penjajahan haram oleh Israel.

Ekoran pengisytiharan ‘muka tak malu’ Presiden Amerika Syarikat, dijangka lebih hebat lagi protes-protes yang akan bukan sahaja dijalankan di Palestin, malah di seluruh dunia.

Walaupun negara-negara paling berpengaruh di dunia seperti Amerika Syarikat ‘membenarkan’ kewujudan negara haram Israel, semangat juang penduduk Palestin tidak pernah rapuh walaupun sudah ramai yang gugur menyembah bumi.

Bayangkan jika ada penceroboh pecah masuk rumah anda dan mendakwa sebahagian rumah anda kononnya hak milik mutlak mereka.

Tak cukup dengan itu, ‘jiran-jiran rumah’ di sekeliling ‘rumah’ anda buat tidak peduli dan tidak tahu, malah ada jiran yang bersetuju dengan kata penceroboh tersebut.

Bagaimanakah perasaan anda? Adakah anda akan berdiam diri? Adakah ia akan menjadi satu alasan kukuh untuk anda bermati-matian berjuang mempertahankan hak?

Al-Fatihah kepada Ibrahim Abu Thurayeh. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts