Tambah peruntukan sekolah agama, pusat tahfiz: i-Guru

 

SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) harap kerajaan tambah peruntukan sekolah agama dan pusat tahfiz berdaftar dalam Bajet 2019.

Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, peruntukan bantu tingkat pembangunan infrastruktur dan pengambilan guru tahfiz yang berkelayakan.

“Kerajaan BN peruntuk RM50 juta pada Bajet 2018 berbanding RM30 juta pada Bajet 2017.

“Kita harap jumlah peruntukan meningkat supaya dapat disalurkan kepada sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah agama bantuan rakyat (SAKB), sekolah agama rakyat (SAR) dan pusat tahfiz,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, beliau juga harap kerajaan dapat laksanakan janji serap guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) sebagai penjawat awam. – Sinar Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts