AS Rancang Kuasai Gaza Secara Senyap di Sebalik ‘Project Sunrise’

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sekali lagi tampil dengan cadangan yang disifatkan tidak munasabah untuk menukar Genting Gaza menjadi sebuah metropolis futuristik berteraskan teknologi tinggi.

Pelan tersebut, yang dikenali sebagai ‘Project Sunrise’, dilaporkan oleh The Wall Street Journal pada Jumaat dengan memetik kenyataan pegawai di Washington. Laporan itu mendedahkan kandungan slaid pembentangan PowerPoint yang disediakan oleh pasukan diketuai menantu Presiden, Jared Kushner, bersama Wakil Khas AS ke Asia Barat, Steve Witkoff. Dokumen itu diklasifikasikan sebagai “sensitif tetapi tidak dirahsiakan”.

Menurut laporan tersebut, slaid berkenaan memperincikan rancangan menjadikan Gaza sebagai ‘Riviera Asia Barat’, lengkap dengan pembangunan resort mewah di pesisir pantai, sistem kereta api berkelajuan tinggi, grid pintar yang dioptimumkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), serta hab pengangkutan moden.

“Slaid pembentangan itu turut dikongsi dengan beberapa negara yang berpotensi menjadi penderma, termasuk Turkiye dan Mesir. Namun, cadangan berkenaan tidak menyatakan secara jelas syarikat atau negara yang akan menyalurkan pembiayaan bagi projek kontroversi tersebut,” menurut laporan itu.

Pelan ini melibatkan strategi jangka panjang melebihi 20 tahun, merangkumi usaha pembinaan semula secara berperingkat dari bahagian selatan ke utara Gaza.

Kos keseluruhan inisiatif tersebut dianggarkan sebanyak AS$112.1 bilion (RM457 bilion) bagi tempoh 10 tahun, dengan Bank Dunia turut dijangka memainkan peranan dalam pembiayaan projek berkenaan.

Sumber: Sinar Harian

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts