UAE setuju jadi tuan rumah sementara pelarian Afghanistan

DUBAI  – Emiriah Arab Bersatu (UAE) bersetuju untuk menjadi tuan rumah sementara kepada 5,000 warga Afghanistan yang dalam perjalanan ke negara lain.

Berikutan permintaan dari Amerika Syarikat (AS), UAE akan menjadi tuan rumah sementara, selepas itu pelarian tersebut akan pergi ke negara lain, kata Kementerian Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa UAE, semalam.

Rakyat Afghanistan yang ingin melarikan diri dari negara itu akan melakukan perjalanan ke UAE dari Kabul dengan pesawat AS dalam beberapa hari lagi, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

UAE setakat ini telah memudahkan pemindahan 8,500 orang dari Afghanistan dengan pesawat dan melalui lapangan terbangnya, tambah WAM.

Menteri Muda Luar Negeri dan Kerjasama Antarabangsa untuk Hal Ehwal Pembangunan Antarabangsa, Sultan Mohammed Al-Shamsi berkata, inisiatif itu adalah bukti komitmen UAE untuk memperkukuhkan kerjasama.

“UAE selalu mencari jalan penyelesaian yang damai dan pelbagai hala, dan berminat untuk meneruskan kerjanya bersama rakan antarabangsa untuk memajukan usaha membantu rakyat Afghanistan pada masa yang tidak menentu ini,” kata Al-Shamsi. – Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts