Rakyat Turki berhimpun bantah AS di konsulat

 

ISTANBUL: Ratusan orang menganjurkan tunjuk perasaan bising tetapi aman di luar konsulat Amerika Syarikat di Istanbul, semalam untuk membantah tindakan Trump mengiftiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Kira-kira 1,500 orang berhimpun di luar kawasan yang dikawal rapi berhampiran Bosphorus dan kawasan itu ditutup penghadang polis.

Slogan ‘Bebaskan Palestin’ diconteng pada dinding konsulat dan ada penunjuk perasaan melontar botol plastik ke dalam kawasan bangunan itu. Sehelai kertas menyerupai bendera Israel turut dibakar.

Mereka melaungkan slogan seperti “Amerika Syarikat, keluar dari Asia Barat”, dan menggesa kumpulan Islam Palestin, Hamas supaya “menyerang Israel”.

“Baitulmaqdis untuk Muslim dan ia kekal selamanya,” kata penganjur dalam satu kenyataan. Penunjuk perasaan juga mengibarkan bendera Palestin.

Tunjuk perasaan itu berakhir dengan aman. – Berita Harian

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts