Adakan lebih banyak protes, beri tekanan kepada AS: Khaled Meshal

 

GAZA – Bekas Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Meshal, menggesa lebih banyak protes di peringkat popular dan formal diadakan di semua negara bagi menentang keputusan Amerika Syarikat.

Protes itu juga, katanya, penting untuk menekan pentadbiran AS menarik balik keputusannya untuk memindahkan kedutaannya ke Baitulmaqdis

“Apa yang berlaku hari ini adalah langkah penting dan positif. Negara Arab dan Islam (Ummah) akan meneruskan jalan ini untuk memaksa pentadbiran Amerika Syarikat untuk menarik balik keputusannya,” katanya dalam wawancara televisyen di Al Jazeera pada Jumaat malam.

Meshal juga berkata, rakyat Palestin sama-sama mengisytiharkan Intifada di wilayah Palestin yang diduduki.

“Ini adalah langkah utama, tetapi ia masih tidak mencukupi. Apa yang kita perlukan hari ini ialah: untuk menyatukan entiti Palestin dan mencapai perdamaian tanpa sebarang halangan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts