Hina agama: Tiada kompromi kepada pihak sengaja lakukan provokasi

KOTA BHARU: Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu, kumpulan atau pihak yang sengaja melaksana dan melakukan provokasi dalam sudut penghinaan kepada agama, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary.

Beliau berkata kerajaan tidak akan melepaskan mereka malah akan pihak yang melakukan provokasi akan dikesan dan ditahan kerana menjejaskan keharmonian apatah lagi Islam adalah agama rasmi di negara ini.

“Kerajaan tidak akan melepaskan mereka ini dalam apa sahaja ruang tindakan undang-undang sama ada melalui undang-undang syariah ataupun sivil.

“Sebarang usaha yang cuba menganggu gugat Islam, mereka ini akan berhadapan dengan tindakan undang-undang di mahkamah,” katanya mengulas tindakan terhadap beberapa individu yang melakukan provokasi dalam persembahan termasuk di sebuah kelab komedi dan menghina Islam melalui hantaran di laman sosial baru-baru ini.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu merasmikan Program Quran Hour dan [email protected] anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Chepa di sini.

Ahmad Marzuk juga berkata semua tindakan yang dikenakan oleh mahkamah terhadap mereka yang menghina Islam diharap menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya jangan sesekali melakukan perbuatan serupa.

“Tiada pihak yang mendapat untung daripada perbuatan menghina agama melainkan hanya mencetuskan provokasi dan sengaja mencari publisiti murahan… Dari segi tindakan juga, saya rasa tiada keperluan untuk mengubah undang-undang kerana yang sedia ada sudah memadai,” katanya. –AlHijrah Online

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts