Penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan: Tengku Abdullah

 

PEKAN – Penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan di papan tanda jalan, premis perniagaan dan perumahan di seluruh negeri ini bagi memartabatkan semula tulisan itu yang semakin terpinggir.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, selain itu, penggunaan tulisan jawi perlu diperluaskan di papan tanda pejabat, agensi kerajaan dan semua pejabat pendidikan di negeri ini.

“Tulisan jawi juga perlu terus diajar di sekolah-sekolah sehingga ke peringkat universiti dan pertandingan menulis tulisan jawi misalnya, akan meningkatkan rasa sayang dan cinta pelajar terhadap tulisan itu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan perasmian Program Memartabatkan Penggunaan Tulisan Jawi di Dewan Konvensyen Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan barisan ahli mesyuarat kerajaan negeri.

Dalam pada itu, Tengku Abdullah berterima kasih kepada Majlis Daerah Pekan yang mengeluarkan pekeliling kepada semua pemegang lesen premis perniagaan untuk menambah tulisan jawi di papan iklan sedia ada.

“Beta juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Pahang dan JKR Daerah Pekan kerana menggantikan papan tanda jalan utama dengan menambah tulisan jawi ke atasnya,” titah baginda. – Utusan Malaysia

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts