Israel tangguh pembebasan bersyarat Sheikh Raed Salah

 

TEBING BARAT – Mahkamah Israel semalam menangguhkan pembebasan bersyarat selama dua hari terhadap pejuang Masjid al-Aqsa, Sheikh Raed Salah.

Peguamnya, Khalid Zabarqeh berkata, mahkamah rejim berkenaan membenarkan lanjutan tempoh itu dengan alasan menunggu laporan daripada perkhidmatan penjara.

“Mahkamah menunggu laporan perkhidmatan penjara Israel mengenai gelang tangan elektronik yang perlu dipakai Sheikh Raed Salah apabila dibebaskan.

“Kita percaya, pihak berkuasa Israel sengaja mengheret kaki mereka mengenai pembebasan Sheikh ini,” katanya.

Awal bulan ini, Mahkamah Majistret Israel di Haifa mengumumkan pembebasan Raed Salah yang juga dikenali sebagai ‘Sheikh al-Aqsa’, namun bersyarat.

Raed Salah ditahan di rumahnya di kampung Umm Al-Fahm pada Ogos lepas. Beliau didakwa atas kesalahan menghasut kepada keganasan, sebelum dimasukkan ke dalam penjara.

Pada Februari lepas, mahkamah memerintahkan Raed Salah untuk berkhidmat selama enam bulan secara berasingan.

Beliau merupakan salah seorang pejuang aktif Palestin yang giat menyingkirkan langkah-langkah keselamatan kontroversi Israel terhadap tapak suci al-Aqsa. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts