COVID-19: Kilang pakaian Gaza kini jadi pengeluar topeng muka

 

GAZA – Kilang pakaian Unipal di Semenanjung Gaza – wilayah yang dikepung – kembali beroperasi sepenuh masa setelah lebih sedekad, bagi memenuhi keperluan petugas barisan hadapan seperti topeng muka dan gaun pembedahan dalam menghadapi krisis penularan COVID-19.

Dalam keadaan penularan pandemik coronavirus itu, permintaan kepada keperluan berkenaan melonjak sejak bulan lalu, sekali gus mengubah perniagaan kilang yang terletak di zon perindustrian Timur Gaza daripada menghasilkan pakaian kepada keperluan perubatan.

Kilang Unipal pernah ditutup tidak lama selepas sekatan berlaku pada tahun 2007, dan dibuka semula pada 2015 apabila Israel mengurangkan pengharaman eksport pakaian dari Gaza.

Pemilik kilang, Bashir al-Bawab berkata, ketika itu, tempahan diterima adalah terhad dan tidak memuaskan dengan pekerja kurang daripada 100 orang.

Namun, pada pertengahan Mac, ia bertukar menjadi pengeluaran luar biasa daripada pakaian ke peralatan perlindungan perubatan dan mengupah 400 lagi pekerja tambahan untuk beroperasi selama 12 jam.

 

 

Bashir berkata, syarikat itu membekalkan peralatan farmasi dan kemudahan penjagaan kesihatan swasta di Gaza, tetapi kebanyakan tempahan datang daripada Israel serta Tebing Barat – yang teruk terjejas COVID-19.

Semenanjung Gaza, sebuah daerah pantai padat dengan penduduk yang dikelilingi oleh Israel serta Mesir, dan berada di bawah sekatan melumpuhkan dari kedua-dua negara terbabit sejak 2007.

12 kes jangkitan COVID-19 telah dilaporkan di wilayah berkenaan – yang didakwa adalah antara sekumpulan yang baru pulang ke Gaza dan dikuarantinkan.

Kementerian Kesihatan berkata, mereka yang dijangkiti telah dikuarantin sebaik sahaja tiba dari Mesir dan wabak berkenaan tidak menular ke dalam Gaza.

Bagaimanapun, pakar memberi amaran bahawa wabak mungkin menjadi bencana di Gaza kerana kekurangan bekalan perubatan dan kapasiti hospital yang tidak mencukupi. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Sertai kempen Ramadan Bersama Palestin dengan pakej sumbangan seperti di bawah:

🅰️ PAKEJ RAMADAN BERSAMA PALESTIN
Bernilai RM500 (rujukan: RBP)

Jenis sumbangan yang disalurkan:
1️⃣ Bantuan Kecemasan dan Perubatan
2️⃣ Pek Makanan
3️⃣ Imarah Masjid Al-Aqsa
4️⃣ Sahur dan Iftar

🅱️ TABUNG RAMADAN KAREEM
Sumbangan umum RM10, RM50, RM100 (rujukan: TRK)

⚡️ Salurkan sumbangan anda ke akaun Aman Palestin Berhad:

Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
CIMB: 8600460353
Billplz: billplz.com/aptemerloh

📩 Hantar resit transaksi anda ke whatsapp:
019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Sertakan maklumat berikut:
Nama:
Sumbangan: RBP / TRK

Daripada Zaid bin Khalid RA, bersabda Rasulullah SAW:

مَن فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِن أَجْرِ الصَّائِمِ شَيئًا

“Barangsiapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya pahala seumpamanya tanpa sedikitpun kurang pahala orang berpuasa.” (HR al-Tirmizi)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts