Baitulmaqdis bukan untuk dijual: Palestin

 

TEBING BARAT – Baitulmaqdis adalah ibu negara Palestin buat selama-lamanya dan ia bukan untuk dijual bagi mendapatkan emas atau wang berbilion-bilion ringgit, kata jurucakap Presiden Palestin, Mahmoud Abbas – Nabil Abu Rudeina.

Beliau berkata demikian selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump membuat ancaman untuk memotong bantuan tahunan lebih AS$300 juta dalam usaha memaksa Palestin kembali ke meja rundingan dengan rejim pengganas Israel.

6 Disember lalu, Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan akan memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke wilayah yang dirampas dan diduduki secara haram oleh rejim pengganas itu. Perisytiharan Trump itu ditolak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Perisytiharan itu juga mencetuskan bantahan di seluruh Palestin dan beberapa negara Islam. Setakat ini 14 rakyat Palestin dibunuh oleh rejim pengganas Israel, termasuk seorang remaja 17 tahun yang ditembak mati di Ramallah, semalam.

Musab Firas al-Tamimi ditembak mati tentera pengganas Israel ketika tunjuk perasaan di Deir Nizam, kata Kementerian Kesihatan Palestin yang turut mengesahkan tiga lagi cedera terkena peluru getah.

Jurucakap Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Chris Gunness berkata, pihaknya tidak dimaklumkan oleh pentadbiran AS berhubung sebarang perubahan bantuan kepada UNRWA.

Malam Selasa lalu, Trump mengirim Tweeter yang mengatakan Amerika sudah mengambil Baitulmaqdis dan rakyat Palestin tidak perlu lagi bercakap mengenai perdamaian.

 

 

Awal kelmarin, Duta AS ke PBB, Nikki Haley berkata, negara itu mungkin menghentikan bantuan dana kepada UNRWA, agensi PBB bagi membantu pelarian Palestin, sehingga rakyat Palestin bersetuju untuk menyambung semula rundingan damai dengan rejim Tel Aviv.

Parlimen rejim pengganas Israel sebelum ini, meluluskan undang-undang menghalang kerajaan daripada sewenang-wenangnya menyerahkan mana-mana bahagian Baitulmaqdis kepada Palestin di bawah apa-apa perjanjian damai pada masa depan.

Rang undang-undang bertajuk ‘Baitulmaqdis, ibu negara Israel’ meminda Undang-Undang Asas Baitulmaqdis 1980, kini dilihat menjadi penghalang kepada usaha negara-negara Arab dan umat Islam untuk mengambil Baitulmaqdis Timur bagi dijadikan ibu negara Palestin, kerana rejim akan menggunakan kekerasan tentera bagi menghalangnya.

Undang-undang itu menetapkan mana-mana kawasan yang dianggap oleh rejim pengganas Israel sebagai sebahagian daripada Baitulmaqdis perlu mendapat undi majoriti dua pertiga di Knesset atau 80 daripada 120 anggota Parlimen, jika mahu diserahkan kepada mana-mana kuasa asing. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

 

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts