UMMAH minta rakyat sokong Kempen Beli Produk Muslim

 

KUALA LUMPUR – Istilah memboikot produk bukan muslim hanyalah label yang dikeluarkan oleh pemimpin politik, bukannya peniaga mahupun pengusaha Islam, tegas Timbalan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa.

Beliau berkata, istilah itu adalah tidak benar dan bukan objektif utama Kempen Beli Produk Muslim yang digerakkan oleh UMMAH bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

Menerusi kempen ini, UMMAH hanya mengharapkan sokongan daripada umat Islam di seluruh negara bagi membantu peniaga dan pengusaha muslim.

“Jumlah penduduk muslim di Malaysia ini sebanyak 20 juta, kita harapkan 20 juta ini dapat beli produk muslim. Justeru, kita tak pernah sebut boikot produk bukan muslim. Kita cuma minta umat Islam satukan usaha membeli produk muslim.

“Sekiranya tidak ada produk muslim, barulah mereka boleh mempertimbang untuk membeli produk lain. Kita tegaskan bahawa tiada istilah boikot produk bukan muslim dan beranggapan istilah itu berniat jahat kerana memberi prasangka buruk kepada ahli-ahli perniagaan Islam,” katanya dalam sidang media di Taman Melawati, Gombak, hari ini.

Pada masa sama, beliau memaklumkan UMMAH telah mengadakan dua kempen besar pada tahun ini – pertama pada bulan April dan kedua pada bulan Julai.

Untuk memperkasakan lagi kempen ini, UMMAH bersama NGO lain akan mengadakan ‘roadshow’ dalam beberapa fasa.

 

 

“Fasa pertama akan dijalankan di bahagian Utara bermula Pulau Pinang pada 8 September, diikuti Kedah pada 9 September.

“Seterusnya pada 16 September akan di teruskan di Wilayah Persekutuan dan Selangor. Akhir sekali di Johor. Semua pengusaha produk muslim boleh bertemu kita di roadshow ini. Kita akan buat penerangan kepada pengeluar supaya mereka dapat bergabung bersama-sama,” katanya

Beliau berkata, selepas kempen fasa pertama selesai, UMMAH dengan kerjasama ABATA Commerce Sdn Bhd, akan melancarkan sebuah aplikasi baharu bagi memasarkan produk muslim.

“Kita sasarkan sebanyak 300 produk muslim akan terbabit sama dalam aplikasi berkenaan,” katanya

Antara yang turut terbabit menjayakan kempen ini adalah Koperasi Al-Hilal Malaysia Berhad (KOHILAL), Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) serta ABATA Commerce Sdn Bhd. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts