China mahu lenyapkan etnik muslim Uyghur

 

OTTAWA – Kongres Uyghur Sedunia (WUCs) menggesa komuniti antarabangsa memberi tekanan terhadap China, supaya kebenaran tanpa had diberikan kepada pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi memasuki Turkistan Timur, khususnya di kem tahanan di mana dua juta etnik Uyghur ditahan.

Pada 6 Januari lalu, Gabenor Xinjiang, Shohrat Zakir mempelawa mana-mana pakar PBB melawat wilayah itu untuk mengetahui situasi sebenar apa yang berlaku.

Walaupun, bukti menunjukkan lebih sejuta etnik Uyghur dan yang lain ditahan di kem pemulihan, Zakir masih menyampaikan naratif yang sering diterangkan oleh Parti Komunis China mengenai pusat tahanan itu yang mereka gelar sebagai ‘pusat latihan vokasional’ untuk latihan kemahiran.

“Kita tahu China mahu menunjukkan kejayaannya. Tetapi kenapa mengambil masa terlalu lama untuk membenarkan pemerhati bebas memasuki Turkistan Timur?

“Jika ia dipanggil pusat latihan vokasional yang dibuka mulai 2017, kenapa kita baru sahaja mendengar mengenainya sekarang?

“Adalah jelas permainan China sudah berlaku lama dahulu. Komuniti antarabangsa mesti berhati-hati supaya tidak jatuh di dalam permainan ini,” kata Presiden WUCs, Dolkun Isa dalam kenyataannya mengulas pelawaan gabenor Xinjiang itu.

China membuka kem indoktrinasi politik secara meluas pada April 2017 dan telah didokumenkan oleh orang awam, wartawan, ahli akademik, selain masyarakat Uyghur sendiri yang menjadi saksi ketika testimoni.

Tahanan di kem itu tidak didakwa di mahkamah, sebaliknya mereka ditahan kerana melakukan lawatan atau belajar di luar negara, terutama di negara Islam, atau membuat kenyataan berhubung sentiman agama.

Mereka juga ditangkap kerana melanggar undang-undang seperti mengalamkan cara hidup Islam, menyimpan janggut, belajar al-Quran, memakai hijab, atau belajar bahasa Arab.

Di kem itu terdapat sesi pembelajaran ideologi, paksaan menolak kepercayaan terhadap Islam, selain tahanan dipaksa menyanyi mengagungkan Parti Komunis China.

Bekas tahanan dalam testimoni mereka mengatakan berlaku penderaan, cubaan bunuh diri dan kematian misteri. Kem-kem yang diwujudkan itu juga adalah kemuncak usaha China untuk membudayakan semula keseluruhan etnik Uyghur supaya mengikut ideologi komunis China.

Kenyataan Zakir itu bagaimanapun, dilihat sebagai perubahan kecil berbanding larangan sepenuhnya daripada memasuki kem tahanan itu sebelum ini.

China pada Ogos tahun lalu, memberi kebenaran terhad kepada Jawatankuasa Penghapusan Diskriminasi Ras PBB memasuki kem tertentu.

Laporan Radio Free Asia dan The Epoch Times baru-baru ini menyatakan Beijing sedang membuat persediaan, termasuk menambah baik kemudahan di pusat tahanan itu, sebelum membenarkan pegawai PBB melakukan pemeriksaan.

Bagaimanapun, Selasa lalu, jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang berkata, Xinjiang adalah sebuah wilayah terbuka kepada sesiapa sahaja untuk memasukinya, termasuk pegawai PBB, tetapi mereka mesti mengikut prosedur yang betul dan mematuhi undang-undang China.

Pejabat Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia (OHCHR) sebelum ini melaporkan, China kini menerima 20 permohonan daripada wakil pemerhati untuk memasuki negara itu bagi memantau isu hak asasi manusia.

Sekiranya PBB dibenarkan untuk melawat rantau ini, pemerhati mesti mengambil kira bahawa daripada awal lagi, Uyghurs dengan sejarahnya – walaupun membuat kritikan kecil terhadap kerajaan China – telah ‘dipenjara’.

Dalam pada itu WUCs, turut menggesa China membenarkan:

1. Pemerhati mesti diberi kebenaran penuh memasuki penjara dan lain-lain pusat tahanan, termasuk apa yang dikatakan ‘pusat latihan vokasional’;
2. Pemerhati mesti diberi kebenaran bertemu secara peribadi dengan tahanan dengan jaminan tiada tindak balas terhadap ahli keluarga dan perundangan; dan
3. Pemerhati mesti diberi kebenaran membuat kunjungan susulan bagi memastikan pematuhan terhadap sebarang cadangan.

“Berdasarkan keterangan dan bukti yang banyak diperoleh, pendekatan China terhadap etnik muslim Uyghur dalam tempoh dua tahun terakhir dianggap jenayah terhadap kemanusiaan.

“Oleh itu, kami menggesa komuniti antarabangsa supaya tidak membenarkan China menggunakan ini sebagai peluang untuk terus menahan jutaan etnik Uyghur sewenang-wenangnya,” kata Isa. – ismaweb

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts
Read More

Moga Ramadan ini menjadi bulan penyatuan umat Islam

  الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ “SOLAT lima waktu…