Turki lanjut tempoh darurat tiga bulan

 

ANKARA – Turki melanjutkan perintah darurat selama tiga bulan, ekoran plot gagal cubaan rampasan kuasa dan menggulingkan Presiden Recep Tayyip Erdogan, Julai tahun lalu.

Menurut agensi berita antarabangsa, kerajaan meminta Parlimen untuk melanjutkan tempoh itu sebelum ia diluluskan oleh dewan.

Lanjutan tempoh darurat itu susulan sambutan ulang tahun pertama kejayaan negara itu mempertahan sistem demokrasi daripada cubaan rampasan kuasa itu, dan memperingati kematian 249 syahid ‘Syahid 15 Julai’ yang berlangsung selama seminggu sehingga 16 Julai lalu.

Sejak perintah darurat dikuat kuasakan pada 20 Julai tahun lalu, lebih 50,000 orang telah ditahan dan 150,000 lagi dikenakan tindakan tegas kerana terlibat dalam plot rampasan kuasa itu.

Bercakap di Parlimen, Timbalan Perdana Menteri, Nurettin Canikli berkata, perintah darurat itu membantu mewujudkan persekitaran undang-undang untuk membersihkan semua sistem daripada rangkaian Gulen.

“Semua individu di peringkat tertinggi negara telah dibuang kerja, tetapi masih ada yang bersembunyi,” katanya.

Pada 15 Julai tahun lalu, rakyat Turki turun beramai-ramai di jalan raya bagi menghalang cubaan rampasan kuasa oleh kumpulan yang dikenali sebagai Pertubuhan Pengganas Fethullah (Feto) yang dipimpin oleh Fethullah Gulen, seorang ulama buangan di Amerika Syarikat.

Gulen bersama pengikutnya dikatakan telah mengebom bangunan Parlimen Turki dengan menggunakan pesawat pejuang dan helikopter, selain membuat sekatan jalan raya dan cubaan membunuh Presiden Erdogan. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts