Umat Islam wajib tolak pihak promosi maksiat

 

BANGI – Masyarakat Islam di negara ini mesti bijak memilih pemimpin sekaligus menolak mana-mana parti yang mempromosi kemaksiatan.

Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, mereka yang berani mempertahan dan menganjur kemaksiatan sangat bahaya untuk masyarakat.

“Saya tak nafikan ada parti yang cuba mempertahankan penganjuran festival arak yang akan diadakan Oktober ini.

“Tidakkah mereka faham ini negara Islam? Sebuah negara Islam sepatutnya tidak mempromosi arak apatah lagi menjadikan ia acara tahunan.

“Sensitiviti majoriti penduduk muslim sepatutnya diambil kira,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, DAP tetap meneruskan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara pada 6 Oktober depan, meskipun menerima bantahan daripada pelbagai pihak khususnya PAS.

Ustaz Zamri berkata, festival arak itu sangat berlawanan dengan indeks Syariah yang diwar-warkan.
Justeru, umat Islam wajib menolak mana-mana pihak yang mempromosi kemaksiatan dalam negara ini. – Ismaweb

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published.



Sumbangan
Related Posts