BNM, bank Malaysia punyai penasihat, pakar dalam pelaksanaan syariah

 

KUCHING: Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank di negara ini telah menyediakan penasihat dan pakar yang mencukupi untuk memastikan pelaksanaan sistem kewangan Islam adalah mengikut peraturan syariah.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, penasihat dan pakar dalam industri ini merupakan penunjuk arah yang menentukan hak-hak yang mematuhi peraturan Syariah.

“Penasihat dan pakar tersebut juga sentiasa memperbaharui maklumat terkini, saling bertukar maklumat untuk memastikan cara pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia menuju ke arah yang lebih baik, matang serta sempurna,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sesi perbincangan bertajuk: Mengapa Perlunya Kita Memilih Kewangan Islam yang diadakan sempena hari terakhir Karnival Kewangan BNM di sini, pada Ahad.

Bertema ‘Utamakan Keperluan Kewangan Anda’, karnival selama tiga hari mulai 24 November 2017 itu diadakan di Pusat Pameran CityONE di sini.

Zulkifli Mohamad, yang juga ahli Majlis Penasihat Syariah BNM menegaskan, kewangan Islam perlu mematuhi tiga syarat, iaitu mematuhi peraturan syariah, berkaitan dengan nilai yang dapat menolong dan memanfaatkan golongan masyarakat yang besar serta mempromosi keadilan.

“Sebagai contoh, sistem wakaf yang diperkenalkan di kalangan bank Malaysia seperti wakaf pendidikan dan wakaf perubatan telah memberikan manfaat yang jelas kepada orang ramai,” katanya. – Bernama

www.indahnyaislam.my

Total
0
Shares
1 comment
  1. Macama dgn wang itu sendiri yg terus di jana melalui fractional reserves n faedah yg terus dijana?… setiap saat bank jana wang melalui faedah keatas etiap ringgit atau unit wang yg di pinjamkan..taerk kira bank islam atau bukan islam..sistem clearing house oleh BNM etc..semuanya berteraskan ketidakadilan riba ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts