Gaza rugi AS$479 juta akibat serangan 11 hari pengganas Israel

 

GAZA – Gaza berdepan kerugian AS$479 juta ketika 11 hari serangan pengeboman rejim pengganas Israel ke atas wilayah terkepung pada Mei lalu, menurut Kementerian Perumahan Palestin.

Dalam satu sidang media semalam, Timbalan Menteri Perumahan, Naji Sarhan berkata, jumlah kerugian yang dialami itu membabitkan sektor perumahan, infrastruktur, pembangunan dan ekonomi.

Katanya, kerugian sektor perumahan dan infrastruktur mencecah 61 peratus daripada keseluruhan kerosakan yang ditanggung, sementara sektor pembangunan (33 peratus) serta sektor pembangunan sosial (7 peratus). 

Atas sebab itu, kerajaan Palestin di Gaza membentuk Jawatankuasa Pemerintah Tertinggi untuk rancangan Pembangunan Semula Gaza setelah serangan Israel.

Sarhan berkata, jawatankuasa itu mengguna pakai piawaian antarabangsa untuk menganggarkan jumlah kerugian dan kerosakan yang dialami oleh pelbagai sektor.

Beliau berkata, cabaran utama yang dihadapi oleh Gaza dan penduduknya adalah serangan berulang kali pengganas Israel di kawasan terkepung itu. 

Justeru, Sarhan menggesa masyarakat antarabangsa menghentikan pencerobohan Israel ke atas Gaza supaya rakyatnya boleh hidup dalam keadaan aman dan harmoni.

Beliau turut menggesa pembukaan sepenuhnya sempadan Gaza untuk membenarkan semua bahan yang diperlukan sektor industri dan komersial masuk. 

Negara Arab juga digesa untuk mengambil perhatian dalam pembangunan semula Semenanjung Gaza dan menyediakan keperluan bantuan darurat, termasuk pembinaan semula rumah serta kemudahan lain, katanya.-  Agensi

www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

www.indahnyaislam.my/Sumbangan-Indahnya-Islam

PERSATUAN INDAHNYA ISLAM
5622 6352 7695 (Maybank Islamik)

Total
0
Shares
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *



Sumbangan
Related Posts