Ketegangan yang semakin memuncak antara Iran dan rejim Z telah memasuki fasa kritikal yang belum pernah berlaku sebelum ini. Selama lebih empat dekad, hubungan antara kedua-dua pihak dibayangi oleh konflik politik, ketenteraan dan diplomatik yang berulang, mencorakkan bukan sahaja hubungan dua hala tetapi juga memberi kesan besar terhadap kestabilan dan keselamatan serantau di Timur Tengah.
Dari Pengiktirafan sehingga Putus Hubungan Diplomatik
Sejarah mencatatkan bahawa selepas penubuhan rejim Z pada tahun 1948, yang ditandai dengan pencabulan wilayah P4lest!n, Iran menjadi negara majoriti Muslim kedua selepas Turki yang mengiktiraf kewujudan rejim itu secara rasmi pada tahun 1950. Pada era tersebut, hubungan Iran-rejim Z berkembang dengan kerjasama dalam bidang ekonomi dan ketenteraan, termasuk inisiatif pembangunan peluru berpandu balistik bersama pada tahun 1977.
Namun, segala-galanya berubah drastik dengan tercetusnya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979. Selepas pembentukan Republik Islam Iran, hubungan diplomatik dengan rejim Z terputus sepenuhnya. Iran menarik balik pengiktirafan terhadap rejim tersebut dan mengubah bangunan Kedutaan rejim Z menjadi Kedutaan P4lest!n.
Revolusi Islam dan Kebangkitan Ideologi Penentangan
Profesor universiti, Mohammad Akram Arefi, menjelaskan bahawa revolusi ini telah mewujudkan satu tanggungjawab agama dan ideologi dalam mempertahankan rakyat P4lest!n serta tanah suci umat Islam, termasuk Baitulmaqdis. Sejak awal 1980-an, Iran mula memperluas pengaruhnya di rantau tersebut dengan menyokong kumpulan penentang rejim Z seperti Hizbullah dan H4mas, sambil menyeru kepada penghapusan rejim Z dari peta dunia.
Iran berusaha memperluas pengaruh serantaunya melalui pendekatan ideologi dan ketenteraan dengan menyokong apa yang digelar sebagai “Pakatan Penentangan”, sebuah gabungan kumpulan yang menentang kehadiran dan dominasi rejim Z di wilayah tersebut. Sebagai sebahagian daripada strategi ini, Iran mendokong secara aktif kumpulan seperti H4mas dan Hizbullah, menyediakan bantuan kewangan, latihan, dan persenjataan. Matlamat utamanya adalah untuk menghalang sebarang bentuk agresi ketenteraan yang mungkin datang daripada rejim Z atau sekutunya, terutamanya Amerika Syarikat, sambil mengekalkan pendirian ideologi untuk melenyapkan kewujudan rejim Z dari peta dunia sebagai sebahagian daripada solidariti terhadap perjuangan rakyat P4lest!n.
Ketegangan Memuncak Selepas 2005
Ketegangan ini meningkat dengan ketara selepas Mahmoud Ahmadinejad menjadi Presiden Iran pada tahun 2005. Pada 4 November 2009, rejim Z memintas penghantaran senjata dari Iran ke Hizbullah di Laut Mediterranean. Manakala pada tahun 2010, beberapa saintis nuklear Iran telah dibunuh. Antara yang terkorban termasuk:
- Ali Mohammadi
- Majid Shahriari
- Fereydoun Abbasi
- Dariush Rezainejad
- Mostafa Ahmadi Roshan
Iran secara aktif menyokong kumpulan seperti Hizbullah, H4mas, dan Jihad Islam P4lest!n, sementara rejim Z pula menyokong kumpulan pembangkang Iran seperti MEK (Mujahedin-e-Khalq) dan melaksanakan pembunuhan sasaran terhadap entiti berkaitan Iran. Menurut penganalisis Ruhollah Hotak, ramai pemimpin H4mas dan kumpulan lain yang kembali ke Teheran akhirnya gugur sebagai syuhada.
Konfrontasi Terbuka dan Serangan Balas
Konflik tidak lagi terbatas kepada perang proksi. Pada 27 September 2024, pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah, terbunuh dalam serangan udara rejim Z di Beirut. Tidak lama kemudian, pada 31 Julai 2024, ketua biro politik H4mas, Ismail Haniyeh, turut dibunuh oleh rejim Z dalam satu operasi khas di Teheran.
Kemuncak konflik tercetus pada 13 Jun 2025 apabila rejim Z melancarkan serangan besar-besaran secara serentak terhadap 12 bandar utama di Iran termasuk Teheran, Natanz, Tabriz dan Shiraz. Serangan itu menyasarkan kemudahan nuklear, tapak peluru berpandu, kediaman rasmi pemimpin, serta kawasan awam. Iran membalas dengan melancarkan serangan peluru berpandu terhadap rejim Z sebagai tanda amaran dan pembalasan.
Paradigma Bertembung: Dua Dunia yang Berbeza
Obaidullah Sadeq, seorang penganalisis politik, menyatakan bahawa hanya Iran yang tetap teguh melawan rejim Z dalam mempertahankan hak rakyat P4lest!n. Konflik ini bukan hanya antara dua dasar luar negara, tetapi antara dua paradigma yang bertentangan dari segi ideologi, geopolitik, dan visi masa depan Timur Tengah.
Sumber: Arrahmah